Monday, April 22, 2013

Gambar Nora Danish Bersama Rayqal Melawat Baby Fasha Sandha

Apa yang kami boleh bagitahu di sini adalah kami sangat respect dengan sikap Nora Danish. Menurusi gambar yang kami postkan di bawah adalah melihat keceriaan yang digambarkan oleh Nora Danish diatas kelahiran anak pertama Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai.



Awal malam tadi menerusi akaun Instagram, Nora Danish mengongsikan sekeping gambar beliau bersama Rayqal datang melawat bayi lelaki sulung pasangan Fasha Sandha & Rizal Ashram, Putra Rayfal.

 “Congrats Jejai & Fasha on the new born Rayfal. Such an adorable baby,” tulis Nora Danish mengiringi gambar yang sama adorablenya.

Loceng Gergasi 2 Tan Hampir Meragut Nyawa Pelancong


BEIJING - Malang benar nasib Lin Wang, seorang pelancong yang tengah melawat Kuil Budha Linzi di Wilayah Shandong, China.

Saat tengah melihat-lihat, Lin Wang tertarik dengan loceng raksasa milik kuil itu yang mempunyai berat kira-kira dua tan.

Tak cukup melihat dari sisi luar, Lin Wang kemudian berdiri di bawah loceng raksasa itu. Saat asyik melihat-lihat, Lin Wang tak menyedari baut-baut yang mengikat loceng itu mengendur dan akhirnya loceng itu jatuh dan memerangkap Lin Wang di dalamnya.


Pasukan bomba tempatan dikerahkan untuk menolong Lin Wang. Mereka bekerja lebih dari dua jam dengan menggunakan forklift untuk membebaskan sang pelancong.

"Loceng itu usianya sangat tua dan harus diperlakukan dengan sangat hormat," kata juru bicara kuil.

"Namun, loceng itu terlepas dan mengurung lelaki itu. Dia sangat beruntung tidak tertimpa loceng yang sangat berat ini," lanjut si juru bicara.

Pengawas keselamatan bangunan mengatakan loceng raksasa itu terlepas setelah baut-baut yang mengikatnya kendur akibat getaran loceng setiap kali dibunyikan.

Lalu bagaimana perasaan sang pelancong setelah lepas dari 'perangkap' loceng raksasa itu?

"Ini adalah sebuah loceng dan memang seharusnya dibunyikan. Mereka seharusnya memastikan benda ini selamat," kata Lin Wang. -FUH.MY

Sunday, April 21, 2013

Fuh Comel !! Gwiyomi Elfira Loy Dan Ezlisa Loy

Makin ramai artis yang terkena tempias Gwiyomi.
Kalau tadi admin post entri Video Gwiyomi Wawa Zainal, untuk entri ini admin akan kongsikanvideo Elfira Loy dan Ezlisa Loy bergwiyomi pula.

Lepas ini, artis mana pula yang akan bergwiyomi? -FUH.MY
Videonya Di Bawah : 




Saturday, April 20, 2013

Fuh Tergempar! Darah Babi Dikesan Dalam Rokok?


Sudah diketahui oleh ramai orang bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan. Bahan yang ada di dalam rokok boleh mengganggu kesihatan anda. Apabila dihisap, bahan-bahan toksik dan karsinogen mengalir masuk ke dalam tubuh dan menjejaskan tekanan darah, denyutan jantung, sehingga kesihatan organ lain.

Namun, tahukah anda bahawa di dalam rokok mengandungi darah babi?Penyelidikan yang ditemui oleh seorang saintis Belanda tersebut cukup menggelisahkan. Dinyatakan sekiranya 185 jenama rokok menggunakan darah babi sebagai campuran pada bahagian filter rokok.


Hemoglobin atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru perokok. Fakta mengejutkan tersebut didedahkan oleh penyelidik dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma dan disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Simon Chapman.

Dipetik News.cnet.com, Prof Chapman mengatakan bahawa kajian ini memberitahu dunia mengenai rahsia pembuatan rokok dan untuk meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi. Darah babi tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama tersebut.

Prof Chapman mengatakan bahawa industri rokok dunia memang kerap merahsiakan bahan-bahan yang mereka gunakan. Tapi, sekurang-kurangnya satu jenama rokok yang dijual di Greece telah dikukuhkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya, tanpa diketahui para pengguna. Malangnya, tidak disebutkan jenama rokok tersebut.

Rokok yang mengandungi darah babi ini ditemui pada rokok yang menggunakan penapis saja. Darah babi digunakan untuk membuat filter lebih berkesan menangkap kimia berbahaya sebelum asap masuk ke kerongkong. Jadi kesimpulannya adalah penemuan tersebut jelas tidak berlaku untuk rokok yang tidak menggunakan penapis. -Sumber Dari

Monday, April 8, 2013

Menarik !Fenomena Buah Tembikai Meletup Di China Akhirnya Terbongkar


BEIJING: Buah tembikai meletup - mungkin disebabkan peggunaan bahan kimia berlebihan oleh petani - sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan sektor makanan di negara ini.
Media kerajaan berkata, hampir 120 ekar hasil tembikai di bandar Danyang musnah akibat kejadian itu selepas petani menggunakan bahan kimia forchlorfenuron untuk mempercepat pertumbuhan tanaman itu.


“Pada 7 Mei lalu, saya menghitung terdapat 80 buah tembikai yang meletup tetapi tengah hari ini bilangannya meningkat kepada 100,” kata petani, Liu Mingsuo kepada Stesen Televisyen Kerajaan, Televisyen Pusat China (CCTV) dalam laporan yang disiarkan, semalam.
Menurutnya, dia menyembur tanaman itu dengan bahan kimia hanya sehari sebelum itu.
“Dua hari kemudian, saya tidak peduli lagi untuk menghitung,” tambah Liu yang mengaku menyembur forchlorfenuron di ladang tembikainya yang seluas tiga hektar - lebih daripada dua pertiga hasil tanamannya - musnah.
Bagaimanapun, laporan CCTV dan media lain turut memetik kenyataan pakar yang menyebut keadaan itu disebabkan oleh perubahan cuaca apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba di kawasan berkenaan yang mengalami kemarau sebelum ini. - AFP

Menarik ! Wanita Ini Akan Tertidur Setiap Kali Ketawa

LONDON: Menghidap penyakit cataplexy menyebabkan seorang wanita, Claire Scott(gambar), tertidur setiap kali dia ketawa.
Disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku, otot ibu kepada dua anak itu akan lemah setiap kali emosinya meningkat. Cataplexy menyebabkan Claire tumbang sehingga 50 kali sehari sejak zaman kanak-kanaknya.
Pada satu ketika, Claire, 24, pernah tertidur 25 kali ketika menghadiri majlis Krismas yang penuh meriah. Selepas diberi ubat antimurung, keadaan Claire agak terkawal sehinggalah baru-baru ini dia sekali lagi tumbang apabila anaknya - berusia lima tahun - membuat kelakar.
Kata Claire, dia gagal menahan diri daripada ketawa. “Perkara pertama yang saya ingat selepas itu ialah suami saya, David, mengangkat saya dari lantai dapur,” katanya. Serangan cataplexy berlangsung beberapa saat atau minit dan sepanjang tempoh itu, penghidapnya hanya mampu mendengar tetapi tidak dapat melihat.
Satu ketika dulu, doktor pernah menyangka Claire menghidap masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan. - TS