Sunday, April 20, 2014

Dicekup berseluar dalam, Shah Jaszle putus tunang, tayang awek baru

KAMI yakin ramai yang terkejut dengan kisah terbaru pelakon kontroversi Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle yang memaklumkan dirinya sudah pun memiliki kekasih baru menerusi gambar yang dimuatnaiknya di akaun Instagram.


Kekasih barunya yang dikenali sebagai Hanis Husna turut memuatnaik gambar mesranya bersama pelakon itu di akaunnya dan menyatakan bahawa Shahrizal kini telah putus tunang dengan Redzwani Puteri.


Amboi, bukan main cepat cari pengganti ya!

Rasanya, tak sampai dua minggu Redzwani mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak kisah dengan keputusan kes khalwat pelakon itu yang belum diputuskan sehingga ke hari ini. Tambahnya lagi, hubungan mereka juga masih baik.

Tindakan Shahrizal memuatnaik gambar terbaru itu mengundang pelbagai reaksi pengikutnya dan kebanyakan mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara itu.



Sementara itu, Redzwani menerusi laman Twitternya menyatakan bahawa dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai kejam.

Pada masa yang sama, dia turut meminta agar pihak di luar sana tidak bersimpati terhadapnya, sebaliknya kepada Shahrizal dan Hanis.


Persoalannya, adakah tindakan Shahrizal memuatnaik gambar tersebut dilakukan secara terburu-buru dan sengaja ingin menyakiti hati bekas tunangnya itu?

Ini kerana, gambar-gambar dia bersama Redzwani kira-kira dua bulan lalu masih belum dipadamkan di akaun Instagramnya.

Hai, tak tahulah kami nak cakap apa!

Rasanya lebih elok jika Shahrizal memaklumkan terlebih dahulu bahawa dia dan Redzwani sudah memutuskan pertunangan sebelum memuatnaik gambar bersama kekasih barunya itu kepada umum.

Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pelakon itu bukan sahaja tidak menghormati bekas tunangnya, malah juga keluarganya.

Apa pun, kita nantikan sahaja penjelasan Shahrizal nanti. Kami kongsikan sedikit gambar Hanis untuk tatapan semua.




-Mynewshub

ISTERI Berzina Dengan Lelaki Lain Ketika Suami Di Mekah

Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.



Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.

Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.

“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.

“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.

Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg. - Sumber

Thursday, April 17, 2014

Feri karam: Mangsa hantar mesej menyayat hati

SEOUL - KOREA SELATAN . Keluarga penumpang feri yang karam di Korea Selatan menerima mesej menyayat hati daripada anak-anak mereka yang masih terperangkap di dalamnya.

Memetik laporan ABC News, salah seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun yang hanya dikenali menerusi nama terakhirnya, Shin telah menghantar mesej kepada bapanya.



“Ayah, jangan risau. Saya ada jaket keselamatan dan kami berpaut satu sama lain,” tulis Shin seperti yang dilaporkan agensi berita Korea, MBC News.

Kemudian, bapanya membalas, “Ayah tahu pasukan penyelamat dalam perjalanan tapi cuba cari jalan keluar jika boleh.”

“Ayah, saya tak boleh keluar. Koridor penuh dengan orang dan ia terlalu condong,” beritahu Shin lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang pelajar lelaki menghantar pesanan kepada ibunya yang tidak tahu bahawa feri itu karam.

“Ibu, saya mungkin tak sempat nak beritahu yang saya sayangkan ibu,” tulisnya.

“Ibu juga. Ibu sayang kamu,” balas ibunya diikuti tiga simbol hati.

Namun, pelajar itu antara 179 yang dilaporkan terselamat, lapor MBC.

Sementara seorang lagi keluarga memberitahu telah menerima pesanan yang berbunyi, ‘saya hidup’ daripada salah seorang penumpang namun ia tidak pasti sama ada penumpang itu sudah diselamatkan atau belum.

Salah seorang penumpang terselamat berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi dentuman dan feri mula condong dan terdengar pengumuman dibuat agar penumpang kekal di tempat masing-masing.

“Beg-beg mula jatuh dan kami semua tertanya-tanya apa yang berlaku tapi pengumuman itu meminta kami kekal di tempat kami, jadi kami ikut arahan.

“Feri mula condong secara tiba-tiba dan semua orang menggelongsor ke bawah dari atas. Saya berpaut pada susur tapi kemudian saya dilanggar seseorang yang jatuh dari atas dan saya turut tertolak ke bawah,” kata Young-Ja Shin.

Seorang penumpang berusia 50 tahun, Eun-Bok Jang berkata dalam kejadian itu dia tidak mampu bernafas.

“Ia ambil masa 10 saat untuk condong sepenuhnya dan saya mula menggelongsor ke hujung.

“Saya dilanggar dan kemudiannya saya tidak dapat bernafas,” katanya.

Menurutnya, suasana dalam feri itu semakin kecoh apabila semua barang-barang seperti peti ais mula jatuh.

Berdasarkan cerita penumpang terselamat lain, apabila air mula memasuki feri itu, ramai penumpang yang memakai jaket keselamatan dan keluar menyelamatkan diri.

Difahamkan menurut laporan Reuters, feri terbabit membawa 325 pelajar menuju Pulau Jeju sebelum memberikan isyarat kecemasan pada  8.58 pagi waktu tempatan iaitu ketika belayar sekitar 20 kilometer dari Pulau Byeongpoong.

Sejurus berita diterima, kapal pengawal pantai, kapal dagang dan beberapa helikopter dikerahkan dalam operasi menyelamat itu.---Sinar Harian

Punca Kematian Shasya Yunisha, Pelakon Cantik

Punca kematian pelakon cantik Shasya Yunisha disebabkan oleh demam denggi berdarah. Demam denggi berdarah dipercayai punca kematian pelakon yang pernah membintangi sinetron Rama & Ramona, kesetiaan Cinta dan Kasih & Amara ini.

Khabar ini dimaklumkan kepada umum oleh syarikat pengurusannya menerusi Twitter berbunyi:




Shasya meninggalkan suami yang juga pelakon sinetron, Ferdi Ali atau Ferdinal Arnaz dan bayi perempuannya yang masih kecil bernama Fesya.

Bagaimanapun, insan yang paling terasa ialah Ferdi yang kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika melihat jenazah isterinya buat kali terakhir.

Pemergian Syasha yang tidak disangka-sangka mengejutkan rakan-rakan dan peminat hingga akaun Twitter dibanjiri ucapan takziah. Al-fatihah -- Sumber Asal

Wednesday, April 16, 2014

"Saya Tiada Niat Aibkan Ustaz Don" - Wardina

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Uztaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.

Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.


"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja.

"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya kepada mStar Online, menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini, pada Rabu.


Kenyataan Wardina turut mendapat reaksi negatif yang menganggap dia cuba membuka aib Ustaz Don

Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yang menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum.

Terdahulu pihak TV AlHijrah dalam mStar Online pada Rabu turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yang tersebar sebelum sebarang tindakan diambil.

Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don  siaran TV AlHijrah yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam.

Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan.

"Saya minta maaf jika ada yang tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya.

"Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun  mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya.

Bagaimanapun, Wardina akan bertemu dengan pendakwah terbabit bagi membincangkan kemusykilan berkenaan selain mahu bertukar pendapat tentang agama.

Dalam status yang dimuat naik pada malam Selasa lalu Wardina turut berkongsi video ceramah Ustaz Don bertajuk Kompilasi Hadis Palsu dan Penyelewengan Ustaz Don.

Dia turut meminta pihak ulama dan mufti  mengkaji semula kandungan ceramah yang disampaikan melalui video tersebut.

Ustaz Don ketika ini berada di United Kingdom untuk menjayakan sebuah rakaman berkaitan keislaman.-Mstar

'Saya tak tahu itu Karpal'

IPOH - "Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.

Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.

Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.


"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah," katanya.

Dalam kejadian itu, Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut.

Turut berada dalam MPV berkenaan, anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38, namun tidak cedera, pemandu MPV, C Selvam juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Difahamkan, semua ahli keluarga Karpal, termasuk isteri beliau sudah berada di hospital.

Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.

Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini.-Sinar Harian

'Saya dengar orang jerit minta tolong'

IPOH - "Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat sangat," kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, awal pagi tadi.

Nur Azlina, 23, berkata, ketika kejadian, lori dipandu suaminya, Abu Mansor Mohd, 45, berada di laluan kiri dan dipandu perlahan.


Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba, kenderaan mereka dirempuh kuat dari arah belakang.

"Serentak itu saya dengar suara lelaki menjerit, ada juga yang minta tolong," katanya.

Nur Azlina bersama suami dan anak perempuan mereka, Nurieman Diana Qhaleesha dalam perjalanan menghantar barang simen, besi dan mozek ke Bukit Mertajam.

Ketiga-tiga mereka selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. - Sinar Harian

Lagu Nyanyian Alda Sebelum Meninggal Sangat Menyeramkan

Mungkin tak ramai yang kenal dengan Alda, atau nama penuhnya Alda Risma Elfariani.Beliau adalah penyanyi dari Indonesia yang pernah popular dengan lagu “Aku Tak biasa” .



Alda ditemui mati di sebuah hotel di Jakarta kerana disyaki mengambil dadah yang berlebihan (overdose) ketika umurnya baru 24 tahun. Lagu terakhir sebelum beliau meninggal dunia adalah berjudul “Menanti Kekasih”.

Lirik dan ketawa yang ‘seram’ di dalam lagu ini boleh membuat bulu roma meremang apabila didengar di waktu tengah malam ketika bersendirian. Untuk rekod, Alda meninggal dunia kira-kira tiga hari selepas lagu ini disiapkan, namun yang menjadi misterinya, tak siapa tahu siapa pencipta lagu ini.Lebih menimbulkan misteri, bila ada yang mendakwa lagu ini hanya ditemui selepas kematiannya. - Sumber Artikel myNewshub.

Fizo Omar Dedah 4 Sebab Tudung Fareeda Dijual Mahal

Pelakon terkenal, Fizo Omar akhirnya mendedahkan empat sebab utama kenapa tudung jenama Fareeda dijual mahal berbanding jenama-jenama tudung lain di Malaysia.

Pendedahan ini dibuat selepas terlalu ramai individu mengecam dan mengkritik harga mahal yang dikenakan ke atas tudung jenama Fareeda di laman sosial tanpa mengetahui lebih terperinci kelebihannya



1. Stok terhad – Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200

“Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi memndapatkan nombor giliran.” – Fizo Omar

2. Kewujudan orang tengah dipanggil Reseller yang cenderung menjual semula tudung jenama Fareda pada harga tinggi mencecah RM300.

“Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi.” – Fizo Omar

3. Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif

“Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong.” – Fizo Omar

4. Tudung jenama Fareeda lebih kepada wanita yang berkemampuan

“Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan. Ada yang ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan fesyen ikut kemampuan dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham.” – Fizo Omar : Sumber

Tuesday, April 15, 2014

Warkah Buat Abang Tersayang

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. Abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik… Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini…

Kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam… Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?



Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam ak sesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. Ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah bukak ayang baliklah dengan anak-anak.. pesanan ayang…

DAN… YANG TERAKHIRNYA… ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR. Dari Ayang…

-http://gempaqgiler.blogspot.com

'Paling memalukan keluarga'

KUALA TERENGGANU - “Terus terang saya katakan, kejadian ini paling memalukan keluarga dan mengaibkan hidup saya sepanjang bergelar ibu kepada dia. Selepas peristiwa itu, saya dan suami memang memantau gerak gerinya dan jika hal ini berulang lagi, saya sendiri yang akan hantar dia ke pusat pemulihan akhlak,”.

Demikian luahan hati seorang ibu selepas anak gadisnya berusia 18 tahun mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah bersama pasangannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan bersama kekasihnya yang dalam keadaan mengaibkan pada Jun lalu.



Wanita berusia 40-an berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas dipanggil bersama suaminya bagi mendengar rayuan terhadap kes anak gadis mereka.

Sementara itu, bapa kepada lima anak itu berkata, mereka tidak menyangka anak ketiganya itu tergamak menghancurkan kepercayaan diberikan selepas membenarkan keluar bersama lelaki tersebut sebelum kejadian.

“Sebelum itu, dia ada memberitahu hendak ke bandar untuk urusan pendaftaran di sebuah kolej swasta dengan ditemani lelaki itu.

“Disebabkan lelaki itu ada juga pertalian hubungan kekeluargaan dengan kami, jadi saya memang tidak menyimpan sebarang syak dan meletakkan kepercayaan kepada mereka sepenuhnya agar dapat menjaga diri,” katanya.

Selain itu, anak gadisnya yang masih menuntut di sebuah kolej turut membuat rayuan memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan sudah insaf dan bertaubat dengan melakukan solat sunat Taubat.

Terdahulu, dia mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang lelaki berusia 20 tahun yang bukan suaminya di dalam sebuah kereta di kawasan Taman Awam Pulau Warisan, di sini, kira-kira jam 6.50 petang, pada 5 Jun lalu.

Susulan pengakuan bersalah itu, dia dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan sebanyak RM2,000 dengan dua penjamin.

Kamalruazmi juga dalam penghakimannya berkata, apa yang dilakukan gadis itu dan pasangannya adalah kesalahan serius dan berdosa di sisi agama.

“Kamu sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerana ditahan pegawai penguat kuasa syariah. Jika tidak, mungkin kamu berdua sudah terlanjur dan kejadian lebih buruk akan berlaku. Ini masanya untuk kamu berubah dan saya harap kamu benar-benar bertaubat,” katanya.

Pasangannya memohon mahkamah menangguhkan hukuman terhadapnya dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.18 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Ketika kejadian, pegawai berkenaan sedang melakukan rondaan di sekitar bandar raya ini sebelum ternampak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

Sebaik menghampiri, pasangan itu berada dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan mereka bukan pasangan suami isteri sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.