Friday, August 30, 2013

(Gambar) Warna coli Nora Danish jadi pertikaian peminat

Kadang-kadang terasa lucu membaca komen-komen peminat artis pujaan mereka di ruangan media sosial. Ianya seringkali berlaku apabila si artis memuat naik foto-foto mereka yang agak kontroversi.
Contoh artis yang sering mendapat komen-komen sedemikian adalah Nora Danish.

Terbaru, beliau memuat naik foto percutiannya ke Bali, Indonesia. Dalam banyak-banyak foto beliau, adalah tiga keping gambar yang memperlihatkan sifat keibuan yang jelas terhadap anak lelakinya.

Namun begitu, bagi peminat fanatik, mereka seolah-olah menjadi pakar forensik untuk fesyen dan pakaian yang dipakai oleh artis kegemaran mereka. Bukan nilai sekeping gambar yang menjadi sasaran, tetapi apa yang dipakainya pada waktu itu.


Foto Nora yang ketiga menjadi sasaran peminat-peminat yang mengikuti perkembangan beliau. Memang kelihatan agak seksi foto ini kerana baju yang dipakai Nora sedikit terselak hingga menampakkan bahagian perutnya.
Tetapi bukan itu yang menjadi terjahan peminatnya, apa yang menarik perhatian mereka adalah apa yang dipakai oleh Nora di bahagian dalam a.k.a colinya!



Yang sibuk meneka warna pun ada, yang marahkan si peneka pun ada, yang tak puas hati dan pelbagai lagi..memang lucu melihatkan kekalutan peminatnya...

-Sumber Dari:

Dicekup ketika asyik beraksi

SUBANG JAYA – Pelanggan lelaki dan seorang tukang urut wanita dicekup ketika asyik beraksi di atas katil di sebuah pusat urut di SS15 di sini.

Kedua-duanya yang terkejut apabila langsir memisahkan antara ruang pusat urut itu diselak anggota penguat kuasa bingkas mengenakan pakaian lengkap selepas itu.

Ketika dicekup, pelanggan lelaki tidak berbaju, memakai seluar pendek manakala tukang urut wanita separuh bogel dan hanya memakai baju.

Mereka antara tujuh yang ditahan dan diserahkan kepada polis kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral di tiga rumah urut di sini.

Dicekup ketika asyik beraksi

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pihaknya menyerbu tiga premis pusat kecantikan dan pusat urut di kawasan SS15.

Pusat urut pertama yang baru sahaja beroperasi lebih kurang dua bulan lalu dikenakan tindakan di bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 kerana mengendalikan perniagaan tanpa lesen dari MPSJ.

Tindakan seterusnya diambil ke atas premis pusat urut kedua yang didapati berselindung di sebalik nama pusat urut kaki dan kesihatan juga dijalankan tanpa lesen sah.

Semasa serbuan dibuat, seorang pelanggan lelaki didapati sedang asyik menerima perkhidmatan seks dari seorang tukang urut wanita warga China.

Soal siasat dijalankan mendapati, pengusaha premis menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan dengan kos bayaran RM120 hingga RM180 mengikut jam.

Operasi diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota kemudian menyerbu sebuah lagi rumah urut di di Jalan SS 15/4B.

“Ketika serbuan terdapat seorang pelanggan lelaki menerima urutan badan dan batin, hasil pemeriksaan mendapati premis mempunyai lesen sah dari MPSJ untuk urutan refleksologi tetapi menawarkan urutan badan serta batin kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan penutupan premis diambil di bawah UUK 13 (k) UUKPK MPSJ 2007 kerana pengusaha melanggar syarat-syarat sekatan lesen dikeluarkan MPSJ.

Pengusaha berdepan denda maksimum RM1,000 bagi setiap kesalahan dilakukan.

Thursday, August 29, 2013

(Gambar) Susuk tubuh kelihatan, Fida tak peduli apa kata peminat.

Jika dua hari lepas Shila Amzah dikritik peminat gara-gara berkongsi sebuah foto yang menunjukkan dia sedang berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. Terbaru, seorang lagi artis wanita turut terkena tempias yang sama.

Menerusi laman Instagram milik Fida Ibrahim, penyanyi yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang itu dilihat sedang aktif berkongsi beberapa foto menariknya ketika sedang menjalankan sesi photoshoot.

Menerusi paparan foto itu, Fida kelihatan sangat anggun apabila menggayakan busana berwarna silver dan penampilan tersebut turut menyuntik eleman elegan buat si pemakai.


Bagaimanapun foto tersebut telah mengundang respon negatif dikalangan pengikut Fida, sehingga ada yang mendakwa penyanyi tersebut adalah mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.

Meskipun ramai yang mengkritik gaya pemakaian penyanyi tersebut, akan tetapi masih ada yang masih menyokong dan mengagumi gaya penampilan Fida Ibrahim.

Apa pun komen mahupun pandangan negatif peminat terhadap Fida, nampaknya penyanyi itu lebih selesa untuk mendiamkan diri dan tidak membalas segala kutukan tersebut.

Bagaimanapun, jom lihat beberapa foto anggun Fida Ibrahim...


Selebriti wanita yang cantik sedang bersosial

SIapakah selebriti wanita yang cantik sedang bersosial ini? Beliau sering ditawarkan lakonan dan pernah memegang watak jahat. Nak tahu siapakah selebriti wanita ini?




Wednesday, August 28, 2013

(Video) Penyampai radio wanita berbogel temuramah Datuk Bandar

Tahukah anda, Ahad lalu adalah Hari Separuh Bogel Sedunia (International Go Topless Day).

Penulis ‘Vancouver Province’ yang juga hos radio, Lori Welbourne telah mengambil langkah awal untuk memulakannya.

Minggu lalu, Lori telah menemubual Datuk Bandar Kelowna, Walter Gray.

Bukan sekadar temubual biasa, tetapi Lori bertindak untuk membuka bajunya sepanjang temubual itu.

Pada mulanya, temubual tersebut berlangsung seperti biasa tetapi lain pula jadinya pada minit-minit terakhir.

Menurut Lori dalam artikel yang diterbitnya menerusi ‘Vancouver Province’, temubual tersebut hanya ingin mendapatkan maklumbalas Datuk Bandar berkenaan larangan terhadap wanita yang membuka baju di khalayak umum.



“Idea di sebalik Go Topless adalah untuk mempromosi kesaksamaan jantina (gender equality).

“Saya ke Majlis Bandaraya dan bertanya Datuk Bandar Walter Gray, adakah ia menjadi kesalahan jika wanita membuka baju di khalayak ramai?

“Beliau menjawab, orang ramai mungkin akan menelefon polis, merasakan ia satu kesalahan, tetapi sebenarnya tidak,” jelas Lori.

Malah, Lori juga mempersoal kenapa golongan lelaki boleh membuka baju dikhalayak umum namun sebaliknya bagi golongan wanita.

Bagaimanapun, Walter Gray menyifatkan temubual tersebut sesuatu yang jenaka dan dia bertindak secara profesional.

Namun, sesetengah penduduk di Kelowna menyifatkan temubual tersebut tidak wajar dilakukan dan agak memalukan bagi seseorang Datuk Bandar.

Saksikan video temubual tersebut dan lihat bagaimana Datuk Bandar Walter Gray bertindak profesional serta babak-babak yang mungkin mengejutkan anda.


(Video) Tarian separuh bogel Miley Cyrus buat penonton tercengang.

Miley Cyrus telah membuatkan penonton MTV Video Music Awards (VMA) 2013 tercengang!

Miley Cyrus tampil panas dengan kostum yang sangat seksi.


Beliau tampil dengan aksi yang sangat liar dengan gerakan erotik, ketika menyanyikan lagu We Can't Stop bersama Robin Thicke.

Bahkan, sebelum melepas kostum dan memakai bikini kuning, beliau sempat melakukan pose adegan seks di atas pentas.


20 tahun jadi hamba nafsu bapa tiri

Buenos Aires: Seorang lelaki dituduh mengurung dan merogol anak tirinya sepanjang 20 tahun lalu hingga mangsa melahirkan 10 anak.

Mangsa yang kini berusia 35 tahun memberitahu mahkamah di Santiago Del Estero, dia mula diperkosa bapa tirinya ketika berusia 14 tahun.



“Dia mula merogol saya ketika saya berusia 14 tahun. Saya membantunya di bengkelnya tetapi dia merogol saya. Saya melahirkan anak pertama pada usia itu juga,” kata mangsa.

Wanita itu juga memberitahu, dia sering dipukul sebelum dirogol. “Dia merogol saya tidak kira tempat. Di ladang, di bengkel, dalam semak,” katanya Lelaki berkenaan yang dinamakan mahkamah sebagai ‘Orang Tua’ ditangkap baru-baru ini.

Hakim Maria Rosa Falco mengarah kes itu disiasat, termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan bapa kanak-kanak berkenaan.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, mangsa turut memberitahu bahawa ibunya tahu segala-galanya mengenai kejadian itu.

“Saya menceritakan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak bertindak. Dia takut dipukul oleh lelaki itu,” kata mangsa.

Ibu dan seorang adiknya turut hadir di mahkamah.

Menurut wanita itu, dua daripada anaknya mati dan dikebumikan berhampiran rumah mereka. - Agensi

Teman lelaki bangsat paksa teman wanita layan nafsu rakan

MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya.

Insiden berkenaan berlaku hanya tiga minggu selepas seorang bapa merempuh masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjual dirinya sebagai hamba seks.

Dalam laporan polis tersebut, remaja perempuan Tingkatan Dua itu mendakwa kenalan lelakinya mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur di Thailand sekiranya dia enggan melayan beberapa rakan lelakinya.

Remaja tersebut mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi 3 Ogos lalu, ketika dia sedang bersiar-siar di sebuah resort di Pengkalan Balak, Alor Gajah bersama-sama dengan kenalan lelakinya yang hanya dikenali dengan panggilan Gemok.



Gemok kemudiannya menyerahkan remaja berkenaan kepada tiga orang individu yang tidak dikenali.

Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah lagi chalet sebelum merogolnya. Suspek mendakwa mereka telah membayar sejumlah wang kepada Gemok untuk mendapatkan perkhidmatan seks daripada remaja perempuan berkenaan.

Ketika dihubungi saudara remaja perempuan tersebut berkata mangsa mengaku dirinya telah melakukan kesilapan yang cukup besar kerana dengan mengikut Gemok pada malam kejadian.

"Kami telah membuat laporan polis dan biar siasatan mengesahkan sama ada Gemok terlibat dengan sebarang sindiket pelacuran di Thailand," katanya.

Dalam laporan polisnya, mangsa mendakwa dia dirogol. Tidak diketahui sama ada dia diberikan dadah sama seperti kes terhadap remaja yang dilaporkan berlaku di Merlimau,

Pada 7 Ogos lalu, The Star melaporkan, seorang lelaki berusia 47 tahun berjaya menyelamatkan anak perempuannya yang bersuai 13 tahun daripada menjadi pelacur pada 26 Julai lalu selepas lelakinya yang berusia 26 tahun menjual remaja berkenaan sebagai pelacur kepada sembilan orang lelaki.

Di Merlimau, seorang remaja perempuan di bawa ke hotel dan diberikan dadah serta menerima RM20 daripada teman lelakinya bagi setiap perkhidmatan seks yang diberikan.

Ayah kepada empat cahaya mata itu berkana anak perempuannya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajar hinggalah dia terjebak dengan kumpulan budak nakal selepas tamat peperiksaan UPSR.

Menurut ahli perniagaan itu, anak perempuannya melarikan diri dari rumah kali pertama dengan teman lelakinya Oktober tahun lalu.

Mangsa menghilangkan diri selepas keluar makan malam bersama teman lelakinya bagi meraikan kejayaannya mencapai 3A dalam UPSR.

mStar

(Gambar) Ada peminat 'request' gambar bogel Ika Nabila

Sudah lumrah menjadi seorang artis, setiap foto mahupun video yang dimuat naik menerusi laman sosial pasti akan mendapat perhatian, kritikan, pujian serta respon daripada peminat-peminat.

Terbaru, seorang pelakon kecil molek, Ika Nabila difahamkan telah bercuti ke Thailand, di mana sepanjang berada di negara tersebut, pelakon wanita itu telah sempat memuat naik beberapa foto menariknya dilaman akaun Instagram untuk dikongsikan bersama pengikut-pengikutnya dilaman sosial tersebut.

Apa yang menariknya, dalam banyak-banyak foto yang dikongsikan itu, Ika telah memuat naik dua keping foto yang menunjukkan seekor anjing dan ikan-ikan di dasar laut dengan caption berbunyi :


Gambar yang dikongsikan oleh Ika Nabila

Bagaimanapun OHBULAN! kurang pasti mengapakah pelakon wanita tersebut memuat naik status seperti itu.

Apakah mungkin foto-foto yang dikongsikan oleh Ika mendapat kritikan serta respon negatif daripada segelintir peminat-peminatnya di laman sosial tersebut?

Apa pun di sini kami ingin kongsikan juga beberapa foto menarik Ika Nabila sewaktu bercuti di Thailand untuk tatapan anda semua.


-Pilihan-anda.blogspot.com

Laki bini tak guna! Memang Lawak Habis

Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi.."

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."


Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini

kerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi telah
mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur...tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan... dan berkata... "Kenapa kau tak balik lagi Jalil... kejap lagi suami akak balik...!!"

Gambar "Panas" Syahrini ? Siapa Dia Ni?


Mana-mana lelaki pun mengakui, Syahrini mempunyai daya tarikan tersendiri – wajah yang cantik, bentuk badan yang mengiurkan. Kemungkinan besar, itulah sebab utama foto ‘panas’ Syahrini menjadi bualan penduduk Indonesia & Malaysia.


Bukan nak menyebelahi Syahrini, tapi memang foto yang dikatakan ‘panas’, terasa sejuk di pihak kami. Menurut Syahrini dalam temubual terkini, dia mengakui gambar tersebut mengandungi aksi peribadinya bersama rakan-rakan seperti Glen Fredly & Daniek Mananta. Hal ini dianggap biasa seperti kebanyakan foto yang dimiliki orang lain juga.


Menurut Syahrini lagi, foto-foto berkenaan tidak mengandungi unsur lucah yang boleh menyebabkan tindakan mahkamah, atau meninggalkan kesan negatif terhadap sesiapa yang melihatnya.
“Yang penting ini bukan foto pornografi, pornoaksi, jadi aku yakin orang lain di rumah juga mempunyai koleksi foto yang serupa. Itu kan foto koleksi peribadi ya,” tegas Syahrini lagi.
Walau bagaimanapun, Syahrini telah membuat laporan polis ekoran tersebarnya gambar-gambar peribadinya di ruangan internet sebagai langkah berjaga-jaga.

P/S : Siapa Syahrini ni ye..Hackers tak kenal lah..

Gambar Adik Anzalna Bersosial Hangat

Gambar Adik Anzalna Bersosial Hangat | Gambar bersosial adik kepada Anzalna Nasir kini hangat diperkatakan web dan pengguna facebook.
Gambar Adik Anzalna Bersosial Hangat

Mia Nasir, adik kepada Anzalna Nasir, pelakon yang popular melalui drama bersiri Adam & Hawa telah dilihat bersosial dengan kawan-kawannya.Bagaimanapun sebenarnya ini adalah gambar lama yang pernah dimuat naik oleh myartis.

Gambar Adik Anzalna Bersosial Hangat


Gambar Adik Anzalna Bersosial Hangat












Gambar Adik Anzalna Bersosial Hangat

#Jangan tiru perbuatan ni yerr....


Sumber : Dari 

Sunday, August 25, 2013

Ceroboh rumah, noda bekas isteri

Kuala Lumpur: Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun kerana gagal mengawal nafsu dia menceroboh rumah isterinya di Sungai Besi, di sini, sebelum membelasah dan merogol wanita itu.

Malah mangsa berusia 35 tahun diperlakukan dengan kejam sehingga cedera di muka dan badan turut diugut bunuh lelaki berusia 30-an itu jika melaporkan kejadian itu kepada polis.


Selepas ‘hajatnya’ tercapai, tanpa rasa bersalah lelaki itu terus beredar meninggalkan mangsa.
Sumber polis berkata, akibat kejadian itu yang berlaku Khamis lalu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek datang ke rumah mangsa yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja jam 11 pagi.

“Suspek meminta anak lelaki mereka berusia 13 tahun membuka pintu. Bagaimanapun anaknya tidak mempunyai kunci rumah kerana disimpan ibunya. “Suspek membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua dan sebaik masuk, suspek menuju ke bilik isterinya dan mengajak mangsa mengadakan hubungan seks,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan suspek menampar pipi serta mencekik leher wanita itu sebelum merogolnya.

Saturday, August 24, 2013

(Gambar) Nora Danish pamer 'love bite' pada tubuhnya?

Nora Danish sekali lagi mencetuskan persoalan kepada peminat-peminatnya apabila memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya.

Dalam gambar tersebut, Nora kelihatan bersahaja sambil mengangkat lengannya. Pada bawah lengannya kelihatan seperti kesan gigitan. Ktika posting ini ditulis, hampir 107 komen dihantar oleh peminat-peminatnya untuk gambar ini.


Masing-masing bertanyakan apa yang terjadi, ada yang cuba meneka, malah ada yang mempunya pendapat sendiri. Ada yang menulis Nora terlalu obses dengan filem Conjuring, dan ada pula beranggapan ianya merupakan gigitan cinta a.k.a love bite.


Namun, Nora seperti biasa, tidak akan merespon pada setiap komen peminatnya. Mungkin beliau lebih seronok melihat kekalutan peminat-peminatnya membuat tekaan.

Wednesday, August 21, 2013

Artis Wanita Isap Ganja Dan Berparti Lucah

Apa nak jadik dengan artis wanita ni? Kami gelar dia sebagai artis A. Gambar yang dihantar kepada MediaMalaya.com ini menunjukkan dia sedang berparti liar, menghisap ganja dan berparti lucah di luar negara. Dia tidak pernah serik, malah di bahagian dadanya terdapat tatu. Artis ini pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi namun tiada wartawan yang menemubualnye (mungkin?). Jika uols tau siapakah artis ini, diam-diam sudah la ye. Sebagai hint, sebelum ini dia pernah melaporkan blog MediaMalaya.com kepada pihak berkuasa. Shhhhh!









Sunday, August 18, 2013

Gaya Hidup Azah Aziz Di Montreal Dipertikai Peminat

Hebat juga penggiat di Forum Cari yang berjaya mendapatkan perkembangan terkini selebriti tanah air yang pernah popular satu ketika dahulu, Azah Aziz. Abang Nara pernah berkongsi gambar keluarga bahagia mereka satu ketika dahulu. Kini, Azah sedang menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta di Montreal, Canada.
azah aziz
Salah satu gambar yang telah dikongsi oleh Azah Aziz menerusi akaun Instagramnya telah menimbulkan rasa kurang senang para peminatnya. Dengan hanya berbikini, Azah menulis caption yang bermaksud lebih kurang “Saya tahu di Malaysia adalah Ramadhan tetapi di sini sekarang sedang musim cuti“. Gambar tersebut telah pun dibuang oleh Azah.
azah aziz
Malah ada juga yang mempertikaikan kelibat Azah yang nampak seperti menghadiri parti bertemankan arak dan tidak mengikuti ajaran Islam. Bagi Abang Nara, kita tidak tahu dengan jelas apa yang Azah lakukan di sana. Pasti Azah selaku orang dewasa tahu baik buruk kehidupannya sendiri. Tak gitu?
azah aziz
Yang penting, Azah bahagia bersama suami dan anak-anak tercinta. Siapalah kita ini untuk menghukum dirinya.
azah aziz
azah aziz
azah aziz
azah aziz
azah aziz
azah aziz
azah aziz
azah aziz
azah aziz
-Beautifulnara.com