Tahukah anda, Ahad lalu adalah Hari Separuh Bogel Sedunia (International Go Topless Day).
Penulis ‘Vancouver Province’ yang juga hos radio, Lori Welbourne telah mengambil langkah awal untuk memulakannya.
Minggu lalu, Lori telah menemubual Datuk Bandar Kelowna, Walter Gray.
Bukan sekadar temubual biasa, tetapi Lori bertindak untuk membuka bajunya sepanjang temubual itu.
Pada mulanya, temubual tersebut berlangsung seperti biasa tetapi lain pula jadinya pada minit-minit terakhir.
Menurut Lori dalam artikel yang diterbitnya menerusi ‘Vancouver Province’, temubual tersebut hanya ingin mendapatkan maklumbalas Datuk Bandar berkenaan larangan terhadap wanita yang membuka baju di khalayak umum.
“Idea di sebalik Go Topless adalah untuk mempromosi kesaksamaan jantina (gender equality).
“Saya ke Majlis Bandaraya dan bertanya Datuk Bandar Walter Gray, adakah ia menjadi kesalahan jika wanita membuka baju di khalayak ramai?
“Beliau menjawab, orang ramai mungkin akan menelefon polis, merasakan ia satu kesalahan, tetapi sebenarnya tidak,” jelas Lori.
Malah, Lori juga mempersoal kenapa golongan lelaki boleh membuka baju dikhalayak umum namun sebaliknya bagi golongan wanita.
Bagaimanapun, Walter Gray menyifatkan temubual tersebut sesuatu yang jenaka dan dia bertindak secara profesional.
Namun, sesetengah penduduk di Kelowna menyifatkan temubual tersebut tidak wajar dilakukan dan agak memalukan bagi seseorang Datuk Bandar.
Saksikan video temubual tersebut dan lihat bagaimana Datuk Bandar Walter Gray bertindak profesional serta babak-babak yang mungkin mengejutkan anda.
0 comments:
Post a Comment