Friday, August 16, 2013

Trajedi! - Sepasang Pengantin Di Panah Petir Serentak Waktu Berbulan Madu

Sepasang kekasih dari Thailand yang baharu berkahwin menemui ajal akibat dipanah petir semasa mereka berbulan madu di ngarai Grand Canyon, kata sepupu pengantin lelaki.

Aram Kawewong dan isterinya, Ratchaya Tantranon terkorban pada 23 Julai lalu dekat lokasi meninjau LeFevre Scenic Overlook di sini.

Jeralynn Kozak dari Florida yang merupakan sepupu kepada Kawewong berkata, pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka pada 10 Julai lalu.


Menurutnya, pasangan pengantin baharu itu sedang melawat ngarai Grand Canyon apabila dipanah petir semasa cuaca cerah dan langit biru.

Satu kenyataan daripada Pejabat Sheriff Daerah Coconino memberitahu bahawa pasangan itu berusia 20 tahun dan berasal dari Chiang Mai, utara Thailand.


"Kami berasa sangat sedih dan tertekan," kata Kozak yang menjelaskan bahawa mayat kedua-dua mangsa akan dihantar pulang ke Thailand untuk disemadikan.

Panahan petir itu turut mencederakan seorang remaja berusia 16 tahun bernama John Wade Young yang berasal dari Tyler, Texas.

0 comments:

Post a Comment