MODEL dan pelakon seksi Indonesia, Nikita Mirzani sekali lagi menimbulkan kontroversi panas. Sebelum ini, Nikita pernah menyatakan bahawa beliau mahu ke Amerika Syarikat untuk beraksi dalam majalah bogel popular, Playboy.
Hari ini, salah satu daripada foto bogelnya untuk majalah itu telah pun tersebar di internet. Akui Nikita, itu memang fotonya.
Dalam foto tersebut, Nikita dilihat sedang berbaring di tepi pantai dalam keadaan bogel. Bahagian pehanya ditutupi kain putih, manakala bahagian dada ditutupi rambutnya yang panjang.
Tatu ditubuhnya menguatkan lagi bukti bahawa foto tersebut memang milik Nikita Mirzani.
Wanita berusia 27 tahun itu mengaku foto berkenaan diambil tiga bulan yang lalu di Pulau Dewata. Menurutnya lagi, majalah Playboy akan menerbitkan foto berkenaan pada terbitan tahun hadapan.
“Itu fotonya tiga bulan lalu, di Bali buat Playboy AS, dan terbitnya tahun depan,” ungkap Nikita kepada Liputan6.com.
Sayangnya, Nikita enggan membocorkan foto-foto lainnya.
“Itu saja dulu. Karena kan majalahnya belum terbit, baru tahun depan,” ungkap Nikita.
-Sumber :