"Saya menyapu di belakang surau sekolah apabila tiba-tiba dipeluk daripada belakang oleh seorang guru lelaki yang turut meramas payudara saya dengan kuat," kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Huda, 30 an, semalalam.
Menceritakan kejadian, Huda yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah kebangsaan di Larkin di sini, berkata kejadian berlaku pada jam 9 pagi 15 Julai lalu.
"Seperti biasa saya akan menjalankan rutin harian iaitu membersih dan mengemas kawasan sekolah.
"Sejurus payudara diramas, saya yang terkejut terus menjerit sekuat hati," katanya.
Huda berkata, jeritannya itu disedari pengawal keselamatan sekolah yang terus berlari ke arahnya untuk meleraikan pelukan guru berusia lingkunga 50-an terbabit.
"Kejadian itu juga disedari seorang rakan sekerja saya yang turut datang meleraikan keadaan. Saya menangis kerana kejadian itu cukup menakutkan," katanya.
Huda yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berkata, dia pada mulangan cuba merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan suami kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini.
Wednesday, September 4, 2013
Guru cabul tukang sapu belakang surau
2:56 AM
No comments
0 comments:
Post a Comment