New York: Sebuah universiti di Amerika Syarikat terpaksa mengalihkan arca artistik bandul kerana terlalu ramai pelajar menggunakannya untuk meniru video terbaru Miley Cyrus, Wrecking Ball.
Monumen batu keluli besar yang bergantungan itu direka untuk lukisan bentuk geometrik dengan pasir di bawahnya, dialihkan dari kampus Universiti Grand Valley kerana ia mendedahkan risiko keselamatan terhadap pelajar yang beratur untuk mengajuk perbuatan idola mereka.
Dalam videonya, Miley bergayut di sebuah bandul besar tanpa seurat benang pun di tubuhnya. Sesetengah pelajar malah memuat turun video mereka bergayut pada bandul di kampus universiti itu dengan berbogel di media sosial.
Baca juga: Miley Cyrus berbogel dalam video klip terbaru
Arca itu dialihkan pagi semalam kerana pihak berkuasa bimbang ia tidak mampu menampung berat semua pelajar yang bergayut di situ. Tim Thimmesch yang bertanggungjawab terhadap kemudahan di kampus universiti berkenaan mengesahkan bandul terbabit sudah dialihkan. - Agensi
0 comments:
Post a Comment