Sunday, July 13, 2014

Kisah Sebenar Ayam Tebuk Di Pasaraya Giant


 Hasil siasatan JAKIM pada 12 Julai 2014 di Pasaraya Giant yang didakwa menjual ayam tebuk mendapati tiada penemuan meragukan seperti yang tersebar dilaman sosial.

Tambah JAKIM lagi, semua bekalan ayam adalah dari rumah sembelihan yang mempunyai Sijil Halal yangsah. Susulan itu, pengguna dinasihatkan supaya tidak ragu dan bimbang terhadap produk yang dijual di pasar raya Giant kerana proses sembelih ayam mematuhi hukum Islam.

Terdahulu, pihak JAKIM telah bertindak setelah menerima laporan berhubung penyebaran foto seekor ayam yang tersebar luas di Facebook sejak 11 Julai 2014, yang ayamnya dikatakan ditebuk di bahagian leher dan tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

JAKIM Nafi Isu Ayam Tebuk Di Pasaraya Giant:


sumber:http://www.mazeermohamad.com/

Dua Rakyat Malaysia 'Berbahaya', 'Berharga', 'Digeruni' Di Teluk Guantanamo


Masih di dalam tahanan di Teluk Guantanamo: (Dari kiri) Mohamad Nazir, Mohd Farik dan Hambali.

 Mereka bukan sahaja rakyat Malaysia yang ditahan di Pusat Tahanan Teluk Guantanamo sejak lapan tahun lalu, malahan kedua-duanya digeruni di pusat itu.

Mohamad Nazir Lep, yang dikenali sebagai Bashir Lap atau Lilie dan Mohd Farik Amin, turut dipanggil Yazid Zubair, dikategorikan sebagai pengganas "amat berbahaya" dan antara 14 'tahanan berharga' di pusat itu.

Menurut dokumen yang diperoleh daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), mereka tidak dibenarkan untuk pembebasan segera dan nasib mereka belum dapat dipastikan.

Kedua-duanya ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan pada 2003 apabila Mohamad Nazir, 38, ditahan di Thailand dan Mohd Farik, 39, di Kemboja.

Mereka kemudiannya dipindahkan ke Guantanamo pada 4 September 2006.

Sumber risikan AS percaya bahawa mereka merupakan sebahagian daripada rancangan berani mati melibatkan pesawat komersial yang dirampas dalam gelombangan serangan kedua selepas kejadian 11 September 2001.

Mohamad Nazir, yang menghadiri sekolah latihan penerbangan, merupakan seorang tahanan yang merancang untuk mengendalikan rampasan pesawat.

Dia turut merancang serangan terhadap kedutaan AS, termasuk melakukan perpindahan wang dan senjata kepada anggota kumpulan radikal lain.

Mohd Farik pula didakwa sebagai anggota kanan kepada JI dan al-Qaeda.

Pusat Tahanan Teluk Guantanamo, yang turut dirujuk sebagai Guantanamo atau Gitmo, merupakan penjara tentera AS di sebuah pangkalan tentera laut yang menghadap Teluk Guantanamo di Cuba.

Ditubuhkan pada 2002, pusat tahanan itu disifatkan amat berbahaya, dan menempatkan tahanan dari Afghanistan, Iraq, Afrika dan Asia Tenggara.

Menurut seorang jurucakap Kedutaan AS di sini, "kedua-dua rakyat Malaysia di Teluk Guantanamo telah dirujuk sebagai berpotensi untuk pendakwaan."

Pegawai itu berkata, sehingga pertuduhan dikenakan terhadap mereka, kes mereka boleh dikaji semula oleh Lembaga Penilaian Berkala.

"Lembaga itu akan menentukan sama ada penahanan mereka perlu diteruskan bagi melindungi ancaman terhadap Amerika Syarikat," tambah pegawai itu.

Pakar Kriminologi USM, Profesor Madya Dr P. Sundramoorthy berkata, tiada petunjuk bahawa kedua-dua mereka akan dibebaskan kerana AS masih melihat mereka sebagai individu berbahaya dengan kemungkinan akan kembali menyertai dalam militan sekiranya dibebaskan.

"Ia akan menjadi penahanan yang panjang buat mereka," tambahnya.

Difahamkan kedua-dua mereka dibenarkan untuk menghantar surat termasuk gambar, yang akan diperiksa terlebih dahulu, kepada ahli keluarga menerusi Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

Dipercayai kedua-dua rakyat Malaysia itu boleh memberikan maklumat berguna kepada AS mengenai kumpulan radikal dan operasinya.

Dikatakan mereka disoal siasat oleh Agensi Perisikan Jenayah (CIA) di sebuah kawasan yang tidak diketahui, sebelum dihantar ke Guantanamo.

Laporan menyatakan bahawa Mohamad Nazir dan Mohd Farik disoal siasat di Pulau Diego Garcia, yang merupakan pusat operasi CIA di kawasan terpencil di Lautan Hindi.

Selain mereka, seorang rakyat Indonesia, Hambali, 50, yang pernah memiliki taraf permaustatin tetap, turut ditahan di Teluk Guantanamo.

Hambali atau Riduan Isamuddin, merupakan seorang anggota Jemaah Islamiyyah yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Osama bin Laden dan dikatakan sebagai orang kanannya di Asia Tenggara.

Hambali terlibat dalam kejadian bom di Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang.

Isterinya, yang merupakan rakyat Malaysia juga seorang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
sumber:http://www.mstar.com.my/

‘Jaga Anak Kita Baik-Baik’, Pesanan Akhir Suami


SEMPORNA – “Jaga anak kita baik-baik,” itu antara pesanan terakhir anggota polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, yang terbunuh dalam serangan hendap di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul di sini.

Reda pemergian suami tercinta, isterinya, Salamah Amad 26, berkata Ab Rajah, 32, menitipkan pesanan itu ketika menghubunginya pada 10 malam tadi sambil mengatakan akan pulang ke rumah esok.

“Malam tadi juga saya terima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami yang mengatakan akan pulang ke rumah esok.

“Pada 1 pagi, saya terima maklumat, suami diculik sebelum mengetahui keadaan sebenar yang suami telah gugur ketika bertempur dengan penceroboh,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Batu 2, Jalan Bubul di sini, hari ini.

Beliau berharap kumpulan penceroboh yang tidak bertanggungjawab itu akan mendapat hukuman yang setimpal daripada pihak berkuasa atas perbuatan jenayahnya itu.

“Saya kini hanya mampu mendoakan dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya dalam nada sendu.
sumber:http://mynewshub.my/main

Dada Berlubang Kena Serpihan Mercun Buatan Sendiri


Dungun: Dada seorang remaja lelaki berlubang akibat tertusuk serpihan botol plastik manakala pasangan kembarnya cedera di perut selepas mercun buatan sendiri menggunakan belerang dimampatkan di dalam botol plastik dihasilkan mereka meletup di Kampung Bukit Chatak, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, serpihan botol plastik di dada Mohd Fahmi Adri, 14, berjaya dikeluarkan sebelum bahagian berlubang dijahit dan keadaannya stabil, manakala kembarnya Mohd Fikri yang cedera di perut turut menerima beberapa jahitan.

Mohd Fahmi pada mulanya dirawat di Hospital Dungun sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut, manakala Mohd Fikri hanya dirawat di Hospital Dungun.

Selain Mohd Fahmi dan Mohd Fikri, dua lagi rakan mereka, Ahmad Alfisyahrin Derasid, 14, dan Muhammad Faiz Izzuddin Ibrahim, 13, yang berada di tempat kejadian cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Dungun.

Abang pasangan kembar itu Mohd Hakim Adri, 19, berkata, seorang daripada kembar itu dikatakan cuba menebuk tudung botol plastik berisi belerang yang dijadikan mercun buatan sendiri untuk meletakkan sumbu sebelum berlaku letupan sehingga mencederakan empat sahabat terbabit.
sumber:http://kopilikat.blogspot.com/

Ratusan Ikan Pari Terdampar Secara Misteri Di Gaza

Ratusan ikan pari jenis mobula terdampar secara misteri di Pantai Gaza City, Rabu waktu setempat. Terdamparnya ratusan ikan pari jenis mobula ini tentu saja menjadi berkah tersendiri bagi warga Gaza yang tengah menghadapi konflik dan blokade dengan negara Israel.

Ikan pari jenis mobula merupakan salah satu spesies ikan yang banyak dicari oleh para nelayan setempat, selain banyak memiliki daging yang enak dimakan, ikan jenis ini berharga cukup mahal, yaitu sekitar 6 sampai 7 Sekhel atau sekitar Rp. 14 ribu. Biasanya warga Gaza mendapatkan ikan jenis ini dari Mesir yang dikirim melalui terowongan bawah tanah, karena susah didapat inilah salah satu faktor yang menyebabkan ikan pari jenis mobula ini berharga mahal dan sekarang para warga Gaza berpesta menyambut berkah yang luar biasa ini.

Menurut Nelayan setempat, ini bukan pertama kalinya ikan ikan ini terdampar, karena sebelumnya sebanyak 220 ekor ikan terdampar dan dia sangat yakin besok akan ada lebih banyak lagi ikan yang terdampar.
“Hari ini Allah menyediakan semua ini untuk kami”. katanya.
Dalam masa yang sama Bob Rubin, salah seorang pakar ikan pari yang terkenal dari Universiti Santa Rosa di California, cuba untuk mencari jawapan kepada kejadian tersebut namun sehingga ke hari ini ianya masih kekal misteri.

Ini adalah hal yang aneh dan saya tidak pernah menemukan hal seperti ini sebelumnya. Saya telah bekerja di Teluk California bertahun-tahun dimana banyak sekali terdapat sekumpulan mobula, tapi saya belum pernah melihat mereka terdampar massal seperti ini,” kata dia.
Tanpa melihat kondisi ikan dan faktor lain seperti isi perut dan kondisi insang mereka, adalah mustahil untuk mengetahui sebab ikan-ikan itu terdampar.

Apapun penyebab terdamparnya ikan pari jenis mobula ini, yang pasti hal ini adalah suatu berkah yang luar biasa bagi warga Gaza Palestina yang tengah ditimpa konflik berkepanjangan dengan negara Israel.
sumber: http://penburukonline.blogspot.com/

Cara Kejam Elak Orang-Orang Geladangan Dari Tidur Di Bawah Jambatan

Recently, new “landscaping” has appeared under the overpasses in Guangzhou and Shenzhen, featuring a lot of individual pyramid-shaped pointy-little pieces of cement covering the entire overpass floor. Some netizens say this was done by chengguan to guard against homeless sleeping under the overpasses and affecting the appearance/image of the city, but the city management officials deny this. Southern Metropolis Daily








sumber:Dairishare

Gara-gara foto memburu kijang, L'Oreal batalkan kontrak gadis ini



Axelle Despiegelaere bersama seekor kijang yang sudah mati.

Axelle Despiegelaere harus melupakan mimpinya untuk menjadi bintang model perusahaan kecantikan dunia, L'Oreal. Perusahaan yang memproduksi berbagai produk kecantikan itu tiba-tiba saja memutuskan kontrak yang telah ditandatangani bersama gadis Belgium tersebut.

Pembatalan kontrak sebagai model iklan oleh L'Oreal dilakukan pada Jumaat (11/7/2014) usai gadis berparas cantik ini memuat naik sebuah foto dia bersama seekor kijang yang telah mati. Pada foto tersebut Axelle memegang senapang dan terdapat tulisan berbunyi "Berburu bukanlah masalah hidup atau mati. Ini jauh lebih penting dari itu. foto ini setahun lalu, siap untuk berburu Amerika hari ini. Hahaha," tulisnya dengan nada bercanda.

Diyakini foto itulah yang menyebabkan pihak L'Oreal membatalkan kontrak dengan gadis berusia 17 tahun itu, yang tiba-tiba saja popular di Piala Dunia 2014 di Brazil. Axelle menjadi popular setelah fotonya dimuat naik seseorang di dunia maya pada 1 Julai semasa dia tengah menyokong pasukan Belgium.

Foto itu dalam sekelip mata menjadikannya bintang media sosial. Di halaman Facebooknya mendapat 200,000 likes hanya dalam waktu dua minggu sehingga L'Oreal tertarik untuk menjadikannya model produk terbaru mereka.

"Saya sudah membuat keputusan, menandatangani kontrak dengan L'Oreal," tulisnya saat itu di Facebook.

Seusai pembatalan kontrak, foto Axelle bersama Kijang itu kini telah dibuang dari halaman Facebooknya, dan dia menulis permintaan maaf.

"Saya tidak bermaksud menyinggung siapa pun. Ini adalah gurauan. Terima kasih atas pengertiannya," tulisnya lagi.
Sumber: kompas.com