Sunday, July 13, 2014

Kisah Sebenar Ayam Tebuk Di Pasaraya Giant


 Hasil siasatan JAKIM pada 12 Julai 2014 di Pasaraya Giant yang didakwa menjual ayam tebuk mendapati tiada penemuan meragukan seperti yang tersebar dilaman sosial.

Tambah JAKIM lagi, semua bekalan ayam adalah dari rumah sembelihan yang mempunyai Sijil Halal yangsah. Susulan itu, pengguna dinasihatkan supaya tidak ragu dan bimbang terhadap produk yang dijual di pasar raya Giant kerana proses sembelih ayam mematuhi hukum Islam.

Terdahulu, pihak JAKIM telah bertindak setelah menerima laporan berhubung penyebaran foto seekor ayam yang tersebar luas di Facebook sejak 11 Julai 2014, yang ayamnya dikatakan ditebuk di bahagian leher dan tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

JAKIM Nafi Isu Ayam Tebuk Di Pasaraya Giant:


sumber:http://www.mazeermohamad.com/

0 comments:

Post a Comment