Friday, July 11, 2014

Fizz Fairuz Jadi Panas Baran Sejak Almy Nadia Mengandung


Berita kehamilan Almy Nadia mendapat reaksi positif ramai lebih lebih lagi mereka yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan ini yang bukan mudah perjalanan mereka untuk bergelar suami isteri sepanjang beberapa tahun lalu.

Namun, tidak kurang juga yang membawa mulut mengatakan kandungan Almy Nadia hadir terlalu awal dek kerana baru sahaja tamat menjalankan resepsi perkahwinan.

“Pihak yang mempertikaikan tentang kehamilan Almy patut semak kembali bila kami bernikah dan bukan terus membuat tuduhan tidak berasas seperti ini. Almy hamil lima minggu”

“Saya sering pesan dengan Almy jika ada orang cerita yang bukan-bukan jangan dilayan kerana ia akan merebak menjadi besar. Lebih baik diam dan senyum sahaja,“ jelas suaminya, Fizz Fairuz.

Dalam masa yang sama, Fizz Fairuz turut mengakui yang beliau turut mengalami perubahan dalam diri dan paling nampak adalah beliau kini lebih sensitif dan mudah panas baran.

“Sejak Almy mengandung saya menjadi seorang yang sensitif, panas baran secara tiba-tiba dan adakalanya gagal mengawal sifat tersebut yang mungkin akan membuatkan pihak lain terasa hati dengan saya. Jika ini salah satu simptom pembawakan budak yang terkena pada suami, saya harap ia tidak akan kekal lama,“ tambah Fizz Fairuz.

sumber:http://www.rotikaya.com/

0 comments:

Post a Comment