Sunday, July 13, 2014

Maya Karin Takut Buat Ramalan Perlawanan Final Piala Dunia


Seperti yang kita semua tahu, Maya Karin merupakan antara artis yang tidak ‘poser’ dan sememangnya meminati sukan bola sepak sejak dari dahulu lagi serta merupakan penyokong setia pasukan Jerman.

Aktres berdarah kacukan Malaysia-Jerman ini dilihat sering kali dilihat memuat naik status dan gambar berkaitan kemeriahan Piala Dunia 2014 demi menghangatkan lagi kejohanan sukannombor dunia tersebut.

Ketika diminta ramalannya untuk ‘score line’ perlawanan akhir yang bakal berlangsung awal pagi nanti di antara negara Jerman dan Argentina, Maya ternyata tidak berani meletakkan ramalannya terlebih dahulu.

“Setakat ini saya tak boleh nak buat sebarang ramalan dan beria-ria kerana saya akan menonton dahulu di separuh pertama dan apabila mendapati permainan mereka agak lancar barulah saya boleh berharap untuk kemenangan mereka. Saya tak boleh nampak terlalu yakin kerana apa saja boleh berlaku pada malam final itu,” katanya memetik portal Rotikaya.

Dalam perkembangan lain, Maya berkata dia akan berlepas ke kota London dalam masa terdekat untuk melawat ayah dan adiknya yang menetap di sana.

Jika Maya takut letak ramalan, anda pula rasa siapa yang lebih layak bawa pulang trofi Piala Dunia pada edisi kali ini? 

sumber:MYNEWSHUB.MY

0 comments:

Post a Comment