Friday, May 31, 2013

Fouziah Gous Bakal Bertunang Sabtu Ini & Kahwin Sekitar September

Sebulan yang lalu, Fouziah Gous ada tampil membuat pengakuan terbuka kepada peminat yang hatinya kini sudah di’miliki dan berkata mereka bakal melangsungkan perkahwinan tahun ini.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Fouziah Gous berkata beliau tidak suka membuang masa kerana kekasihnya, Md Zhafran Md Yusof mempunyai pakej lengkap lelaki idaman beliau selama ini.

Oleh itu, pasangan ini akan bertunang pada Sabtu ini dan mereka berdua telah pun memilih September depan untuk langsungkan perkahwinan.


“Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu, dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta”

“Sekurang-kurangnya ikatan ini dapat mengelak kami difitnah. Kami membuat keputusan tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama kerana kami rakan kongsi perniagaan”


“Apabila adanya ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami menguruskan perniagaan bersama-sama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut orang jika sering dilihat bersama,” tambah beliau yang telah melupakan gossip lampau yang sering melanda dirinya.

-Rotikaya.com

Tuesday, May 28, 2013

Tuah terlalu kacak, wanita misteri beri Mercedes

OTTAWA - Seorang lelaki  yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.

Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.



Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.

Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.

Monday, May 27, 2013

Kisah Seram : Puntianak tenggek atas atap

KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.

Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.
Tempat dan peralatan memuja.

Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.
“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengalaman menakutkan

Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung.
Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.

Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.

“Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.

"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya.

Berlaku lewat malam

Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga  dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan.

Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.

Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.

Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.

“Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu.

"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,” katanya. -Sinar Harian Online

Khalwat: Shahrizal Jaszle Dedah Diri Diperangkap

KUALA LUMPUR: Setelah hampir dua minggu ‘menyembunyikan diri’ dan mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan, pelakon Shahrizal Jaszle, 25, akhirnya mendedahkan kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya pada 16 Mei lalu adalah satu perangkap.
Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle berkata, dia percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan.
"Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.
"Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti," tegasnya.
Shahrizal ditemui pada penggambaran drama bersiri Iman Nabila, arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang dilakukan di sebuah pusat karaoke di Sri Rampai, di sini, pada Isnin.
Drama terbitan Suhan Movies Productions itu akan disiarkan di TV3 bermula 10 Jun depan.
Kenyataan media yang dikeluarkan pihak JAIS berhubung penangkapan khalwat yang dibuat terhadap Shahrizal Jaszle.
Jais dalam satu kenyataan medianya pada 16 Mei lalu mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.
Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu tambah pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Asmaratersebut, dia sedikit pun tidak berasa tergugat walaupun namanya sudah tercalar gara-gara kejadian itu.
Beritahu Shahrizal, selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi sebenar apa yang telah berlaku.
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan.
Shahrizal (kiri) bersama Shuhaimi Lua.
"Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap," ujarnya.
Tambah Shahrizal, dia juga bersyukur mempunyai tunang yang cukup memahami dan tidak melatah selepas mendapat tahu kejadian tersebut
"Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka.
"Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya," tuturnya.
Dalam pada itu, Shahrizal berkata, kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya itu merupakan satu pengajaran besar buatnya di mana dia perlu berhati-hati dalam setiap langkah yang dilakukan selepas ini.
"Ia menjadi tauladan besar buat saya. Tidak sangka, dalam berjaga-jaga batas pergaulan, perkara begini boleh terjadi kepada saya," tuturnya. -Mstar Online

(Al-Fatihah) Ibu Eira Syazira Meninggal Dunia Pagi Tadi

Pagi ini tanggal 27 Mei 2013 menjadi satu titik hitam bagi pelakon cantik jelita Eira Syazira yang baru sahaja kehilangan ibu pagi tadi.
Ibu Eira, Che Ruhani Che Hassan telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi pada jam 7.20pagi dan berita itu disampaikan sendiri oleh Eira melalui laman sosial Twitter miliknya berbunyi;

Eira Syazira ‏@EiraSyaziraS
Salam. Bonda ku yg tercinta Allahyarhamah Che Ruhani Che Hassan telah pun kembali ke rahmatullah pd jam 7.20pg td. Al Fatihah..
Melalui akaun sosial Keek miliknya juga, terdapat ucapan daripada suaminya iaitu Azad Jasmin yang mengesahkan berita kematian itu. Namun, kami masih belum dapat mengenalpasti punca-punca kematian arwah.
Di kesempatan ini, kami dari seluruh warga kerja Oh!Artis mengucapkan salam Takziah kepada Eira Syazira dan keluarga diatas pemergian ibunda tersayang.
Semoga roh Allahyarhamah Che Ruhani Che Hassan dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah.
-Ohartis.com

Sunday, May 26, 2013

Berkenalan Menerusi Twitter, Zahid Bakal Nikah 7 Jun ini

Penyampai radio Era, Zahid atau nama sebenar Zahid Baharuddin, 32, bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang dikenalinya menerusi laman Twitter sejak setahun lalu.

“Majlis pernikahan akan diadakan di rumah sebelah perempuan di Teluk Intan, Perak dan resepsi akan berlangsung pada 8 Jun di rumah pengantin perempuan.

“Kemudian, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Jun juga di Teluk Intan, Perak,” ujarnya yang ditemui ketika sidang akhbar pengumuman Akademi Fantasia 2013 di The Venue, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Zahid lagi, dia tidak menyangka Sarah Julifa, 25, yang dikenalinya itu juga bekerja di bawah satu bumbung iaitu di Astro.

Antara kriteria yang berjawa menawan hati Zahid adalah dia merupakan seorang yang sangat memahami kerjanya dan mampu berdikari.

Tambahnya lagi, Sarah lepas syarat yang ditetapkan oleh Zahid di dalam mencari calon yang sesuai iaitu pandai memasak lauk kegemarannya, Gulai Lemak Ayam.

Tahniah di’dahulukan buat Zahid, pasangan & seisi keluarga! -Rotikaya.com

Sangkal Dakwaan Kini Putus — Shahz Jaszle Kongsikan Video Terbaru Bersama Tunang

Percaya atau tidak, ramai sebenarnya yang tidak berpuas hati apabila pasangan Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri menjalani hubungan mereka seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku sejak minggu lalu.

Peminat dunia hiburan yang memantau aktiviti mereka di laman sosial pelik dengan sikap di’tunjukkan Redzwani Puteri yang masih mampu tenang walaupun tunangnya kini berhadapan dengan tuduhan berkhalwat.

Selain berbalas kenyataan mengatakan hubungan mereka semakin utuh selepas isu khalwat minggu lalu, Shahz Jaszle hari ini memuat naik sebuah video menunjukkan mereka keluar bersama menghabiskan masa.

Seorang peminat di forum Cari sebelum ini ada menulis mengatakan sumber keluarga terdekat pasangan ini memaklumkan yang Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri kini sudah tidak bersama lagi.

Video terbaru dari pasangan ini sekaligus melenyapkan khabar angin yang mengatakan status pertunangan mereka sudah berakhir.-Rotikaya.com



May 25, 2013| Source: Keek.com

Ustaz Azhar Idrus Kahwin Kali Ketiga

Tahniah diucapkan buat Ustaz Azhar Idrus dan pasangannya yang telah selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Keramat Permai, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Perkahwinan ini merupakan perkahwinan yang ketiga buat ustaz popular yang berasal dari Terengganu ini.
Semoga perkahwinan kalian berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat.
Tahniah diucapkan sekali lagi!
946837_587131804653431_218724218_n
gambar-majlis-pernikahan-ustaz-azhar-idrus-2
gambar-majlis-pernikahan-ustaz-azhar-idrus-1
gambar-majlis-pernikahan-ustaz-azhar-idrus-8
gambar-majlis-pernikahan-ustaz-azhar-idrus-7

Friday, May 24, 2013

Cool, Bila Budak Melayu Amerika Cuba Cakap Bahasa Melayu

Jom layan video cool budak-budak melayu kelahiran Amerika yang cuba sedaya upaya untuk bercakap bahasa melayu..!


Serius best dan lawak pun ada.. s: apapun ada bagusnya juga mereka cuba belajar untuk berbahasa melayu..sekurang-kurangnya jati diri anak melayu itu tidak hilang walaupun mereka dilahirkan dan dibesarkan di sana [Amerika]


Sumber :

Subhanallah...Tubuh Anak Kecil Ini Di Penuhi Ketulan Daging Timbul

Tubuh Anak Kecil Ini Di Penuhi Ketulan Daging Timbul | Usia anak kecil ini baru saja mencecah tiga tahun, namun begitu beliau terpaksa menanggung penderitaan yang akan kekal seumur hidup kerana tubuhnya kini dipenuhi ketulan daging.

Tubuh Anak Kecil Ini Di Penuhi Ketulan Daging Timbul

Angkara terkena percikan api kira-kira dua tahun lalu, kini hampir seluruh anggota badan adik Muhammad Iqram Hashim ditumbuhi daging baru.

Kata ibunya Suraya Hassan, 32, kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang membakar sampah dan secara tiba-tiba, sesuatu benda meletup terus terpelanting masuk menerusi tingkap bilik lalu terkena Muhammad Iqram yang sedang tidur.

Menurut bapanya, Hashim Hassan, 34, berkata, daging baru yang tumbuh di bahagian melecur anaknya semakin membesar dari hari ke hari. Menurutnya, pada awalnya, hanya ada ketulan daging kecil tumbuh di telinga kiri, tetapi lama kelamaan ia tumbuh di seluruh badan anaknya.

“Dia (Muhammad Iqram) tidak pernah mengadu sakit, tetapi selalu rasa gatal kerana daging yang tumbuh itu bertindih-tindih dan berkumpul.

“Sekarang, kalau rasa gatal, dia akan ambil putik kapas dan membersihkan sendiri di bahagian gatal,” katanya.

Difahamkan, adik Muhammad Iqram tidak boleh berada di kawasan panas kerana akan membuatkan dia cepat berasa gatal.
Tubuh Anak Kecil Ini Di Penuhi Ketulan Daging Timbul

Tambah Hashim lagi, selepas anaknya dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), dia diminta untuk mendapatkan rawatan susulan setiap minggu. Bagaimanapun dengan pendapatan harian, dia tidak mampu berbuat demikian dan kali terakhir membawa Muhammad Iqram pada Januari tahun lalu.

“Bukan tidak mahu bawa untuk rawatan, tetapi saya tidak mampu. Sekali pergi sahaja, saya terpaksa bayar upah pemandu kereta, petrol dan makan, sedangkan pihak hospital periksa sekejap sahaja.

“Dulu saya menoreh, sekarang saya ikut orang bertukang. Kalau tak kerja, tak dapatlah gaji. Jadi saya beritahu doktor, hanya kalau saya ada duit, saya akan ke HKL,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia ada memohon kes anaknya dipindahkan ke Hospital Temerloh, tetapi permohonannya tidak diterima. Katanya, sekiranya kes itu dipindahkan, dia masih mampu membawa anaknya untuk rawatan susulan seperti diarahkan.

Sementara itu, isterinya, Suraya berkata, mereka dimaklumkan oleh HKL, anaknya juga perlu menjalani pembedahan plastik untuk memulihkan fizikalnya. Katanya, walaupun tidak diberitahu tarikh pembedahan, tetapi dia percaya ia akan menelan kos yang besar.

“Masa mula-mula dulu, doktor akan ambil bahagian kulit yang elok untuk ditampal di bahagian melecur. Tapi bila ada daging tumbuh di bahagian sudah ditampal, anak saya perlu jalani pembedahan,” katanya.

Suraya berkata, dia akan berusaha supaya anaknya boleh menjalani pembedahan plastik itu kerana bimbang, apabila memasuki alam persekolahan, dia akan berasa rendah diri.

“Memang anak saya tidak kisah dengan apa yang berlaku pada badannya. Tetapi sebagai ibu, ada juga rasa sedih. Saya harap, anak saya boleh kembali normal seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Felda Kumai terletak didalam daerah Bera, dengan jarak kira-kira 25 km dari Bandar Baru Bera, Pahang Darul Makmur.

Tarik kenyataan 'Anak Derhaka', Afiq sedia mohon maaf

"KAMI mohon ibu Afiq menarik balik segala kenyataan yang dikeluarkan mengenai Afiq sebelum ini dan berdamailah dengan Afiq,” begitulah permintaan datuk saudara Afiq, Jalal Abidin, 65, berhubung pertelingkahan di antara Afiq dan ibunya.

Menerusi sidang media khas yang diadakan di kediaman nenek saudara Afiq di Keramat semalam, Jalal berkata, seluruh keluarga di sebelah bapa Afiq, Azman Shah Kadir Ibrahim Shah, berharap tiada lagi adegan ‘serang menyerang’ menerusi media mahu pun laman sosial daripada mana-mana pihak.



“Kesiankanlah Afiq. Kita hidup berkeluarga, turunkan ego masing-masing dan berjumpalah untuk berdamai. Itu jalan yang terbaik.

“Saya juga berharap bapa Afiq dapat membantu dan memainkan peranan untuk menyelesaikan hal keluarga ini, tanpa diketahui oleh orang luar,” ujarnya.

Jalal berkata, sekiranya masalah ini masih menemui jalan buntu, dia berharap pihak persatuan artis seperti Persatuan Seniman Malaysia untuk turut membantu.

“Kalau masih juga tiada jalan damai, kita harap persatuan dapat membantu, kerana ia bukan melibatkan hal keluarga sahaja, tetapi juga soal periuk nasi Afiq yang turut terjejas,” jelasnya.

Harapan Afiq

Dalam pada itu, Afiq memohon agar ibunya dapat menarik balik kenyataan yang dibuat sebelum ini dan dia juga sedia untuk memohon maaf.

Afiq berkata, sejak peristiwa ini berlaku, dia menerima tamparan dan cemuhan dari masyarakat. Selain itu, tawaran lakonan mula terjejas.

“Saya buat semua ini bukan kerana tawaran terjejas, tetapi pandangan orang terhadap saya.

“Jika Umi (ibu) sedia untuk berdamai, saya juga begitu,” ujarnya yang masih kelihatan bersedih atas masalah yang dihadapinya kini. -Sinar Harian Online

Gambar Comel Anak Nora Danish Dan Anak Fasha Sandha

Walaupun berlainan ibu namun hubungan mesra tetap juga terjalin di antara anak kepada pelakon popular Nora Danish dan Fasha Sandha.
Fasha yang selamat melahirkan Putera Rayfal Ramli pada 15 April lalu hasil perkongsian hidupnya dengan suami, Rizal Ashram sempat berkongsi gambar terbaru anaknya di laman Instagramnya bersama anak tirinya iaitu Putera Rayqal Ramli, 4 tahun.

Nampak terserlah sifat penyayang dan pelindung Rayqal terhadap adiknya yang comel itu.
Harap-harapnya mereka membesar dengan baik dan sihat serta menjadi anak yang soleh kepada ibu bapa mereka kelak. -Mynewshub.my

Thursday, May 23, 2013

Fuh Tergempar! Kanak-Kanak Ini Menangis Keluar Air Mata Darah


 “Kalau kau menangis keluar air mata darahsekalipun, aku tidak akan menerima kau lagi” itulah antara dialog yang sering diungkapkan dalam drama-drama Melayu pada masa kini. Apakah benar air mata itu boleh mengeluarkan darah? Mungkin kes ini jarang ditemui namun ketahuilah bahawa ia pernah berlaku. Apa yang ingin dikongsikan bersama anda pada kali ini adalah tentang nasib seorang kanak-kanak kecil yang menangis sambil keluar air mata darah.

Seorang kanak-kanak di Kabupaten Majalengka ‘indonesia’ menderita penyakit aneh sejak kecil. Cila selalumengeluarkan darah dari mata hingga liang tangannya jika menangis.

Ketika ditemui di kediamannya di RT05/04 Dusun 2, Desa Bojong, Kecamatan Dawuan, Majalengka, Ika Rosita (20) ibu dari Cila Meylina Putri, 20 bulan mengaku keadaan tersebut sudah terjadi sejak 17 bulan lalu, ketika anaknya masih berusia 3 bulan. Keanehan tersebut semakin menjadi, sejak kira-kira lima bulan tekahir,



“Awalnya darah keluar dari matanya saja. Namun lama-kelamaan setiap kali menangis, selain dari lubang hidung, darah juga keluar dari liang tangan Cila, “kata Ika.

Ika menjelaskan, secara umum, keadaan Cila nampak tidak ada keanehan dengan anak seusianya. Namun demikian, sebagai seorang ibu, Ika mengaku bimbang setiap kali anaknya menangis dan selalu mengeluarkan darah.

“Setelah nangis, seperti biasa ia bermain-main. Tapi, bagaimanapun juga saya merasa bimbang, kerana setiap hari menangis boleh sampai lima kali dan selalu mengeluarkan darah, “jelas dia.

Sebagai orang tua, Ika yang berasal dari Kabupaten Sumedang tersebut mengaku khuatir dengan keadaan anaknya tersebut. Diakui dia, sejak ada keanehan pada Cila, dirinya sempat membawa anaknya ke RS.

“ketika mula-mula mengalami hal seperti ini, saya sempat membawa Cila ke RS di Sumedang. Terkini, sekitar dua minggu yang lalu, Cila dibawa ke RSUD Cideres. Dan katanya harus dibawa ke poly mata, ke Bandung, “jelas dia.

Namun, kerana kekurangan wang, Ika akhirnya membawa pulang Cila kembali ke rumah. Ketika dirujuk ke RSUD Cideres,

“Jangankan untuk berubat, untuk makan saja sukar. Suami saya juga hanya sebagai buruh kasar di kilang jubin, “jelas dia. -FUH.MY

Fuhh Menarik : Lelaki Membeli Kereta Tunai Dengan 300 Kg Duit Syiling

SEBUAH cerita menarik di Negara China, biasa kita dengar orang membeli kereta secara tunai. Lain halnya dengan Wang, seorang peniaga, membeli sebuah kereta menggunakan duit syiling di China.
Pengusaha perniagaan tepung itu, tiba dengan menaikki van di sebuah kedai kereta di Xianyang sebuah bandar di dalam wilayah Shaanxi pada 1 Ogos tahun lalu.
Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar tujuh karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut.

“Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756),” katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu memiliki berat kira-kira 300 Kg.
Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee.
Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah.

Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu.
Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut.
Tambah melucukan Wang terpaksa bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling tersebut.

Keluarga Minta Bapa Afiq Muiz Tampil Selesai Masalah

KUALA LUMPUR: Bapa Afiq Muiz iaitu Azman Shah Kader Ibrahim Shah, 52, di minta tampil menyelesaikan konflik keluarga antara pelakon itu dan ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 48.
Datuk saudara Afiq iaitu Jalal Abidin, 64, menyifatkan Azman merupakan individu paling layak menjadi 'orang tengah' bagi menjernihkan kembali hubungan anak dan isterinya itu.
"Saya rasa, tiada orang lain yang dapat menyelesaikan masalah Afiq dan ibunya selain Azman sendiri.
"Jika sebelum ini bapa Afiq tidak munculkan diri dalam menyelesaikan masalah anak beranak, sudah tiba masanya dia berbuat demikian.
Jalal Abidin
"Tidak elok rasanya kes pergaduhan mereka berpanjangan, tambah pula ia sudah menjadi bahan berita media di luar sana," katanya yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan di rumah keluarga Afiq di sini, Khamis.
Jalal dan Afiq serta beberapa anggota keluarga lain berkumpul pada sidang media itu bagi menjernihkan kembali kontroversi melibatkan Afiq meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu.
Terdahulu, mStar Online pada Selasa lalu membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq, 20, meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu sehingga digelar anak derhaka.
Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman, 18.
Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media pertama diadakannya sendiri dengan turut dihadiri Eina Azman.
Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayangi dia dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata.
Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013.
Hasliza Mohd
Bagaimanapun tambah Jalal, dia berharap Afiq dan ibunya itu dapat menurunkan ego masing-masing dan memaafkan antara satu sama lain dan pada masa sama meminta Hasliza tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung dengan anaknya itu.
"Cukuplah, jangan keruh-keruhkan keadaan lagi. Lihat apa yang dah jadi sekarang ini, seluruh keluarga mendapat kesan buruk daripada pandangan masyarakat.
"Sedih pun ya, malu pun ada, tetapi berfikirlah secara rasional demi kesejahteraan keluarga nanti," ujarnya.
Sementara itu, Afiq yang turut sama berada pada sidang media berkenaan bertegas mahu ibunya itu membersihkan nama dia serta menarik balik segala kenyataan buruk yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum membuat keputusan untuk berdamai.
"Kerana kontroversi ini, habis terganggu semua kerja-kerja lakonan saya dan dengar cerita saya mungkin akan digam oleh pihak stesen televisyen.
"Malah setiap kali berada di keliling orang awam, saya dikutuk dengan panggilan anak derhaka.
"Kalau boleh saya mahu ibu saya menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan terhadap saya, barulah saya akan meminta maaf kepadanya pula," tegas Afiq. -Mstar Oline

Nombor Plat Kenderaan W.Persekutuan Yang Baru Bermula Dengan 'W1A'

PUTRAJAYA: Nombor siri plat pendaftaran kenderaan 'WYY' yang akan berakhir tidak lama lagi akan menyaksikan plat pendaftaran kenderaan yang baru akan bermula dengan 'W1A' dan berakhir dengan 'W9999A' (lihat carta di atas), kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin, pada Khamis berkata format semasa itu yang akan tamat dengan 'WYY9999A', dijangka berakhir pada bulan Julai.

TERKINI! Pathmanabhan,3 Pekerja Ladang Dan 3 Individu Lain Ke Tali Gantung

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. – BERNAMA

Wednesday, May 22, 2013

Izara Aishah: Ibu Kini Merajuk Kerana Saya Terlalu Kuat Bekerja

Kami sebenarnya tertarik dengan satu tulisan Izara Aishah melalui Twitter beliau semalam yang menyertakan keratan akhbar laporan mengatakan dirinya kini sudah sombong & jual mahal dengan media.

Dalam laporan media tersebut, Izara Aishah kini dikatakan telah pandai menolak permintaan sesi fotografi lebih lebih lagi jika ia hanya di’adakan di dalam studio & juga menetapkan jenama solekan.

Bercakap kepada Malaysian Digest baru baru ini, Izara Aishah berkata beliau terlalu sibuk dengan jadual penggambaran dan kerja sehingga tiada masa untuk menghadiri majlis hiburan apatah lagi fotografi.

“Ramai yang cakap saya sekarang dah sombong. Saya juga akui, banyak sesi fotografi saya tolak. Saya minta maaf. Memang tak ada masa. Masa saya hanya di lokasi. Balik dah lewat malam”


“Luang masa dengan keluarga pun saya tak sempat. Saya tak sombong tapi sibuk. Saya sedih dan frust bila orang cakap saya sombong”

Dalam laporan sama, nampaknya bukan sekadar media & peminat terasa hati dengan kesibukan Izara Aishah tetapi ibunya sendiri turut merasakan yang anak gadisnya itu terlalu kuat bekerja.

“Sekarang ni, sebenarnya saya tengah tak bercakap dengan mama. Mama merajuk dengan saya. Dia kecil hati sebab saya asyik kerja, kerja.

 Sampaikan saya balik rumah, memang tak berjumpa dengan mama dan adik saya. Iyalah, bila saya balik mereka dah tidur. Bila saya nak keluar ke lokasi, mereka tiada di rumah”

“Sekarang ni saya tengah cari masa sesuai untuk bercuti sekejap dan luangkan masa dengan famili, mungkin nak bawa mereka pergi bercuti nanti,” jelas Izara Aishah lagi. -Rotikaya.com

Fuhh Menarik : Penunggu KM 20.6 tagih darah ?

KULIM - Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku 'selain daripada' itu?

Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.




Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.

Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.




Anggap kawasan puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.

“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.




Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.

Masih jadi tanda tanya

Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.    
    
Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. - Sinar Harian Online

Tuesday, May 21, 2013

Fuh Ajaib! Lelaki Ini Jatuh Tingkat 47, Tapi Masih Hidup


NEW YORK – Sekumpulan doktor terkejut apabila mendapati seorang pekerja pencuci tingkap sebuah bangunan pencakar langit di New York kembali sedar dan dijangka boleh berjalan semula walaupun jatuh dari tingkat 47.

Alcides Moreno (gambar), 37, jatuh dari ketinggian 152 meter pada 7 Disember lalu selepas perancah tempatnya bekerja tiba-tiba runtuh, namun abangnya terbunuh dalam kejadian berkenaan.

Moreno terus hidup dan para doktor di Hospital New York-Presbyterian kelmarin mengumumkan proses pemulihannya sangat menakjubkan.

Selain boleh menggerakkan semua anggota, Moreno juga mampu bernafas sendiri serta mula bercakap mengenai kemalangan itu buat kali pertama pada Hari Krismas lalu.


Isterinya, Rosario Moreno, menangis dan mengucapkan terima kasih kepada doktor serta jururawat yang merawat suaminya.

Presiden hospital berkenaan, Dr. Herbert Pardes menyifatkan keadaan Moreno ketika dia dikejarkan ke hospital sebagai ‘satu malapetaka.’

Moreno mengalami pendarahan otak, patah di kedua-dua kakinya, tangan serta pergelangan tangan kanan patah manakala tulang belakang turut cedera.

Pada jam pertama dimasukkan ke hospital, pasukan doktor memasukkan 24 unit darah iaitu dua kali lebih banyak berbanding darahnya sendiri.

Pasukan doktor memberinya plasma, platelet dan ubat untuk merangsang pembekuan darah. Doktor juga memasukkan tiub ke otaknya untuk mengurangkan bengkak serta membedah perutnya bagi mengurangkan tekanan pada organ dalaman Moreno.

“Jika anda percaya pada keajaiban, inilah kesnya,” kata ketua bedah, Dr. Philip Barie. -FUH.MY

Pemuda buat laporan polis mengundi dua kali

KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.




“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.

Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya  dia boleh mengundi dua kali.

Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.

“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.

Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.

“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.-Sinar Harian Online