Friday, May 24, 2013

Subhanallah...Tubuh Anak Kecil Ini Di Penuhi Ketulan Daging Timbul

Tubuh Anak Kecil Ini Di Penuhi Ketulan Daging Timbul | Usia anak kecil ini baru saja mencecah tiga tahun, namun begitu beliau terpaksa menanggung penderitaan yang akan kekal seumur hidup kerana tubuhnya kini dipenuhi ketulan daging.

Tubuh Anak Kecil Ini Di Penuhi Ketulan Daging Timbul

Angkara terkena percikan api kira-kira dua tahun lalu, kini hampir seluruh anggota badan adik Muhammad Iqram Hashim ditumbuhi daging baru.

Kata ibunya Suraya Hassan, 32, kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang membakar sampah dan secara tiba-tiba, sesuatu benda meletup terus terpelanting masuk menerusi tingkap bilik lalu terkena Muhammad Iqram yang sedang tidur.

Menurut bapanya, Hashim Hassan, 34, berkata, daging baru yang tumbuh di bahagian melecur anaknya semakin membesar dari hari ke hari. Menurutnya, pada awalnya, hanya ada ketulan daging kecil tumbuh di telinga kiri, tetapi lama kelamaan ia tumbuh di seluruh badan anaknya.

“Dia (Muhammad Iqram) tidak pernah mengadu sakit, tetapi selalu rasa gatal kerana daging yang tumbuh itu bertindih-tindih dan berkumpul.

“Sekarang, kalau rasa gatal, dia akan ambil putik kapas dan membersihkan sendiri di bahagian gatal,” katanya.

Difahamkan, adik Muhammad Iqram tidak boleh berada di kawasan panas kerana akan membuatkan dia cepat berasa gatal.
Tubuh Anak Kecil Ini Di Penuhi Ketulan Daging Timbul

Tambah Hashim lagi, selepas anaknya dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), dia diminta untuk mendapatkan rawatan susulan setiap minggu. Bagaimanapun dengan pendapatan harian, dia tidak mampu berbuat demikian dan kali terakhir membawa Muhammad Iqram pada Januari tahun lalu.

“Bukan tidak mahu bawa untuk rawatan, tetapi saya tidak mampu. Sekali pergi sahaja, saya terpaksa bayar upah pemandu kereta, petrol dan makan, sedangkan pihak hospital periksa sekejap sahaja.

“Dulu saya menoreh, sekarang saya ikut orang bertukang. Kalau tak kerja, tak dapatlah gaji. Jadi saya beritahu doktor, hanya kalau saya ada duit, saya akan ke HKL,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia ada memohon kes anaknya dipindahkan ke Hospital Temerloh, tetapi permohonannya tidak diterima. Katanya, sekiranya kes itu dipindahkan, dia masih mampu membawa anaknya untuk rawatan susulan seperti diarahkan.

Sementara itu, isterinya, Suraya berkata, mereka dimaklumkan oleh HKL, anaknya juga perlu menjalani pembedahan plastik untuk memulihkan fizikalnya. Katanya, walaupun tidak diberitahu tarikh pembedahan, tetapi dia percaya ia akan menelan kos yang besar.

“Masa mula-mula dulu, doktor akan ambil bahagian kulit yang elok untuk ditampal di bahagian melecur. Tapi bila ada daging tumbuh di bahagian sudah ditampal, anak saya perlu jalani pembedahan,” katanya.

Suraya berkata, dia akan berusaha supaya anaknya boleh menjalani pembedahan plastik itu kerana bimbang, apabila memasuki alam persekolahan, dia akan berasa rendah diri.

“Memang anak saya tidak kisah dengan apa yang berlaku pada badannya. Tetapi sebagai ibu, ada juga rasa sedih. Saya harap, anak saya boleh kembali normal seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Felda Kumai terletak didalam daerah Bera, dengan jarak kira-kira 25 km dari Bandar Baru Bera, Pahang Darul Makmur.

0 comments:

Post a Comment