Tuesday, May 7, 2013

Gambar: Neelofa Selam Skuba Di Pulau Redang Bersama Fahrin Ahmad

Ramai yang sedia maklum yang filem adaptasi novel Pilot Cafe kini sedang rancak dalam penggambaran dan bakal habis tidak lama lagi. Pulau Redang menjadi salah satu lokasi penggambaran filem ini.

Peminat hiburan baru baru ini tertarik dengan gambar dan video yang telah di’kirimkan oleh Neelofa melalui akaun Instagram juga Keek beliau yang menunjukkan selebriti ini melakukan aktiviti selam skuba.





Turut kelihatan bersama Neelofa adalah rakan pelakon dalam Pilot Cafe, Fahrin Ahmad dan menurut video yang di’kirim ini merupakan kali pertama Neelofa mencuba aktiviti selam skuba ini.

Lebih menarik, para peminat sebenarnya ramai yang memuji wajah Neelofa yang kekal cantik walaupun tidak mengenakan sebarang make up — maklumlah mahu terjun laut, tidak perlukan wajah cantik. Eh.

-Rotikaya.com

0 comments:

Post a Comment