Friday, May 17, 2013

Tunang Shah Jaszle Tunggu Penjelasan Berkaitan Isu Ditangkap Khalwat

Tunang kepada pelakon yang ditangkap khalwat Khamis lalu, Redzwani Puteri mengesahkan bahawa penahanan tunangnya pada pagi Khamis lalu tiada kena mengena dengan dirinya dan kini menanti penjelasan dari Shah Jaszle berkaitan isu panas ini.

 Masih lagi terkejut, Wani yang ditemubual wartawan Murai memberitahu tidak sangka akan menerima berita ini kerana pada siang Rabu sebelum kejadian bapa Shah Jaszle ada menelefon dirinya dan ketika itu dia berkata Shah ada di rumah.

 Menurut Wani lagi, selepas kejadian dia ada menelefon Shah namun begitu Shah memberitahu perkara tersebut adalah tidak benar sedangkan sudah ada bukti yang menunjukkan Shah Jaszle memang ditahan khalwat di Apartment Taman Sri Subang pada jam 3.30 pagi.



 Membuat langkah yang bijak setanding dengan statusnya yang bergelar seorang doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang bermula Oktober lalu Wani ternyata masih sabar dan tidak percaya dengan apa yang diperkatakan pihak media dan laman sosial yang kini menghentam perbuatan Shah Jaszle.

 “Terus-terang saya katakan bahawa buat masa ini saya masih lagi bersabar dan menanti dengan penuh tenang penjelasan dari dia. Saya berikan peluang kepadanya untuk memberikan penjelasan dan selepas itu barulah saya fikir apa yang harus saya lakukan dengan pertunangan ini,” ujar Wani.

 Buat masa sekarang Wani terpaksa bersabar kerana Shah Jaszle harus menjalani penggambaran dan selepas itu barulah perkara ini dapat dibincangkan. Alahai Shah, lepas Maria Farida, Miera Liyana, takkan kali ini pun masih buat hal lagi?

Kalau iya pun mahu menidakkan perkara tersebut, macamlah Tunang kamu itu bukan orang berpelajaran.

-Rotikaya.com

0 comments:

Post a Comment