Pengalaman mengacarakan program masakan terbaru, Dapur Panas cukup istimewa buat aktres dan pengacara jelita, Neelofa.
Katanya, bukan kerana program itu membabitkan masakan semata-mata, tetapi konsep dan persembahannya yang berbeza daripada program-program masakan sedia ada memberikan nilai tambahan buat program yang kini disiarkan di TV3 itu.
Malah, lebih menarik lagi, hos Nona ini juga tidak bersendirian tetapi turut ditemani chef selebriti yang semakin meningkat naik, Nik Michael.
“Saya rasa seronok sangat dengan penggambaran program Dapur Panas ini. Konsepnya berbeza dan lebih lasak daripada mana-mana program masakan sedia ada.
“Saya rasa seronok sangat dengan penggambaran program Dapur Panas ini. Konsepnya berbeza dan lebih lasak daripada mana-mana program masakan sedia ada.
NEELOFA dan Nik Michael 'serbu' kem tentera untuk program Dapur Panas.
“Sebagai pengacara, saya dan Nik akan pergi ke merata tempat seperti kem tentera dan masak di sana. Suasana penggambaran di luar dan aksi spontan memberikan kebebasan kepada kami mengendalikan program ini,” katanya yang baru dilantik sebagai duta aplikasi sosial, Line.
Dalam program seba–nyak 15 episod itu, Neelofa dan Nik akan berkongsi kaedah dan resipi pelbagai juadah untuk berbuka di merata lokasi.
Menerusi program selama setengah jam ini, kedua-dua selebriti ini akan berkongsi idea memasak beberapa resipi istimewa khas untuk pasukan keselamatan yang sedang bertugas termasuklah tentera darat, udara dan laut untuk sajian berbuka puasa.
Neelofa dan Nik juga akan bersama-sama dengan mereka berbuka puasa merasai masakan yang disediakan itu.
Lokasi menyediakan resipi ini dibuat di pelbagai tempat seperti di atas kapal tentera laut dan di kem tentera terpilih.
Diterbitkan 27th Pictures, Dapur Panas ditayangkan sejak 14 Julai lalu pada setiap Ahad jam 6.30 petang di TV3.
Jika terlepas menyaksikan program ini di televisyen, penonton juga boleh menonton ia menerusi dengan melayari portal www.tonton.com.my.
-Hmetro
0 comments:
Post a Comment