Sunday, July 21, 2013

Tarian tiang cemari Ramadan

GEORGETOWN - Seorang janda dicekup Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) ketika sedang asyik mempamerkan aksi ghairah menari tarian tiang di sebuah pusat hiburan awal pagi semalam.

Wanita berusia 27 tahun itu pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguatkuasa JAINPP, namun kemudiannya dia serta merta terjun dari pentas tarian setelah melihat penguatkuasa menyerbu masuk premis berkenaan.

Ibu beranak satu itu pada mulanya mengaku namanya Alvy dan menggunakan loghat Cina untuk bercakap Melayu.

Ia bagi mengelakkan penguatkuasa mengecamnya Melayu yang beragama Islam.

Ketika diminta memberikan kerjasama menyerahkan kad pengenalan, wanita yang menggelar dirinya Alvy itu cuba menengking anggota penguatkuasa JAINPP.

Tarian tiang cemari Ramadan

“You don't know my father (awak tidak kenal ayah saya), why you don't respect me (kenapa tidak hormat saya), saya datang untuk seronok-seronok saja,” katanya.

Namun setelah hampir 15 minit barulah dia dalam keadaan ketakutan meminta JAINPP tidak memberitahu perkara sebenar kepada ayahnya.

“Saya beritahu dia datang ke majlis harijadi, bukannya ke sini, tolonglah, tolonglah,” katanya dalam keadaan ketakutan.

Pusat hiburan di Seberang Jaya itu diserbu pada jam 12.30 malam  dan turut menahan GRO beragama Islam dan juga lelaki Melayu yang sedang leka minum arak.

Sementara itu, pada jam 2 pagi, JAINPP bersama dengan tujuh anggota unit cawangan khas berjaya mencekup sekumpulan lelaki yang berpesta arak dalam sebuah premis.

Kesemua lelaki berkenaan tanpa segan silu menikmati arak dengan meja yang penuh dengan bekas-bekas arak.

Tarian tiang cemari Ramadan

Bukan itu sahaja, lima wanita Islam ditahan dalam premis yang sama dipercayai menjadi GRO.

Salah seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang bekerja di situ mengakui menerima gaji bulanan sebanyak RM3,000 sebulan walaupun hanya bekerja dari jam 10 malam hingga 3 pagi.

Rata-rata mereka juga sudah mempunyai anak, namun bergelar ibu tunggal kerana ada yang bercerai dan juga yang masih belum berkahwin namun mempunyai anak.

“Kami akan layan mereka yang datang minum (arak) sekiranya mereka bayar lebih saja pada kami, kalau RM7 cuma dalam masa lima minit saja mereka boleh bercakap dengan kami.

“Biasanya pelanggan tanya kami siapa nama, tinggal mana, kami bukan bagi mereka pegang-pegang,” katanya.

Operasi bersepadu antara JAINPP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula dari jam 11 malam hingga jam 3 pagi.

Seramai 13 lelaki dan 9 wanita yang semuanya beragama Islam disaman mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang.

Ia adalah atas kesalahan minum apa-apa minuman yang memabukkan, sekiranya disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sembilan wanita yang bekerja sebagai GRO itu juga dikeluarkan notis oleh JAINPP atas kesalahan mengikut Seksyen 47 bersangkutan Seksyen 35.

Ia melibatkan percubaan seseorang individu yang menganjur, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat dan ia adalah melakukan suatu kesalahan.

Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan.

Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, kesemua yang ditahan berusia dari 22 tahun hingga 44 tahun.

Menurutnya, ada antaranya yang bekerja sebagai pensyarah, pekerja kilang, kontraktor, dan juga tukang paip.

“JAINPP sudah pun beberapa kali memberikan amaran, namun mereka tetap berdegil dan kami sebagai penguatkuasa telah mengambil tindakan tegas dan mahu mengingatkan kepada mereka yang masih berdegil, operasi maksiat ini akan diteruskan sepanjang masa,” katanya.

0 comments:

Post a Comment