PETALING JAYA - Pelakon Rita Rudaini memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, suaminya Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak ada memberi nafkah sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan kepadanya selepas dia memfailkan tuntutan nafkah diri dan anak, November tahun lalu.
Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar, 37, menyatakan, dia ada menggunakan wang tersebut untuk kegunaan dua anak lelakinya namun berkata jumlah itu tidak mencukupi.
Dia menyatakan demikian ketika menjawab soalan peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Mohd. Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak kebangsaan dalam perbicaraan tuntutan nafkah dan anak terhadap suaminya itu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.
Roshdan seterusnya turut mengemukakan slip pembayaran RM3,000 dan RM2,000 masing-masing bagi bulan Jun dan Julai 2012 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik Rita oleh anak guamnya dan saksi itu mengesahkannya.
Menurut Rita, kadangkala dia tidak perasan sekiranya Mohd. Aidil ada memasukkan wang ke dalam akaun jika suaminya tidak memaklumkan kepadanya.
''Saya tidak perasan duit yang dia masukkan itu, kadang-kadang dia beritahu saya dia masukkan duit, kadang-kadang tidak beritahu langsung.
''Akaun Maybank saya juga banyak duit lain yang masuk termasuk duit bayaran penggambaran drama,'' ujar Rita.
Terdahulu, Roshdan mencadangkan kepada Rita, keterangannya bahawa Mohd. Aidil langsung tidak memberi nafkah kepadanya dan anak-anak, adalah tidak benar dan bohong.
Rita bagaimanapun tidak bersetuju kerana mendakwa dalam keterangannya itu, dia merujuk kepada masa suaminya mula keluar rumah pada Januari 2012 sehingga sebelum kes itu difailkan pada November 2012.
Ketika Roshdan mencadangkan kepada Rita, Mohd. Aidil tidak pernah gagal memberi nafkah sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sepanjang 2013 setakat ini, saksi tersebut tidak menafikannya.
Rita dalam pada itu tidak bersetuju dengan cadangan Roshdan bahawa gaji Mohd. Aidil yang sebenar hanya RM10,000 dan bukan RM50,000 seperti yang didakwa olehnya.
Bagaimanapun, Rita bersetuju dakwaan berkenaan gaji suaminya itu dibuat tanpa mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, yang meliputi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.
Untuk dirinya, Rita menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan rumah.
Rita hadir ditemani dua rakannya manakala Mohd. Aidil tidak hadir kerana mengikuti latihan bola sepak bagi berdepan perlawanan persahabatan dengan Chelsea.
Perbicaraan bersambung 11 dan 30 September depan.
-Utusan
mana lah cukup setakat 2000 dg 3000 ingat barang sekarang setakat 2 atau 3 posen ke
ReplyDeletesetuju!!!!skrg ni nak dpt gula2 seposen 2 bijik pun dah susah.hahahaha
DeleteTengok2la jugak gaji dia bape.. rm10, 000 mane mampu nk bayar smpai bape ribu dia minx tu.. 7 ribu untuk diri dia manakala 4 ribu untuk anak2.. wow..
ReplyDeleteHigh maintenance lol..manage duit dgn btl 2k tu blh wat mcm2 rita.
Deletehehhh xkan lah xmampu.skrg main utk JDT bayar mahal kot.hahahaha nasiblah kan dpt isteri sebaik secantik kak rita ni ko tinggalkan sbb kan sorg perempuan lain.hissshhhh donia2
ReplyDeleteBenggong rm2k tu ckp klu ko pndi manage.klu sume nk branded mmgla x ckup.mangkuk punya rita.da tua lagi bodoh
ReplyDeletetol2....abis camne org yg bergaji rendah hidup??
Deletelg banyak anak...cuba fikirkn...
mungkin ni sbb suami dia lari..sbb permintaan demand sgt..
RM7000 sebulan utk dri sndiri dia watpe je??
dah cam barang hantaran pulak....
Stju..tak payah kira ukur d bdn snirila.kite mnsia sume sama je.klu bg 2k manage dgn btl cnfirm ckup.tp guna utk kperluan bkn khndak.artis tu bkn alsn nk d bezakn keprluan dgn org biasa.klu nk bnyk dlu better kwin dgn dato ni kwin dgn bdk muda bru nk hdup.pahtu nk dmand mcm2 x dptla.
DeleteKlu ak jd aidil 1 sen pn ak x kasi.ppuan nusyuz!
ReplyDelete2 ribu xcukup..igt skit la org kt luar ni rmi yg gaji 2 ribu atau kurg tapi mampu tggung 1 keluarga..ukur baju di bdn sndri la..
ReplyDeleteBagi pandangan saye la..kalau gaji suami tu besar apatah lagi pemain bola wakil negara, kalau nk bagi lebih ke nafkah anak tu tak jadi masalah kot...sbb kalau bagi sedekah kepada ahli keluarga 2 kali ganda pahala tau daripada sedekah dengan org lain..fikir2 kan la ye..
ReplyDeleteTp encik klu bg lebih nti mama nye plk yg guna utk kpntgn diri sndiri.x ssuai nama pn da cerai.klu lynn dlu tip top ok.ni treat suami mcm smpah.thats y la suami x tahan duduk rmh.mlut istri mcm longkang.
Deletedia ukur bju pd daban sendri la dia mntak bnyak tuh.yg kita duk komen kata bnyak kata skit cuba ukur pd dri org lain bukn pd dri kita
ReplyDeleteDie tu sapa nk beza2 kn dgn kite.bkn sama je ke?x pyhla nk angkuh sgt.take it or leave it.klu ak jd die 2k tu pn okla dr xde.duit da bnyk x pyh nk bkira sgtla x rugi pn.sbg islam bsyukurla pndg org yg bwh dr kite jgn pndg org yg lbh dr kite xdela jd mcm die ni.sbg istri kite x bole bkk aib suami.ni elok dok jd bdoh bkak aib suami.ntah btl ntah tdak.ni pn mcm nk mnipu nsibla lawyer ade bkti pmbyrn nfkh.pahtu dok kalut ckp itu ketergn tu utk yg lpas bagai n xprasan duit msukla.pndi je cover line.kt mhkmh pn pndi blakon tu blh mng..
DeleteMahkamah manusia bolehla ye menang rita oi..mnusia yg judge.klu pndi blakon n create cite menangla.yg tau pkara sbna allah je.sian la mak mtua ko nk tgk cucu pn ssh kne plk dtg rmh ko.ayh sndiri pn xle nk bwk ank jupe nenek.mmg istri zalim la ko ni.klu ko x nk blk pn jgn la hlg ayah nya bwk ank mlawat nenek die.tgk ayu raudhah elok je..die yg krgkn blakon sbb ikot suami.nama pn mn bola mmgla kesana cni.ngko plk nk soh ikot ko phtu ckp x blk rmhla itula..baik ko cari penanam anggur cnfirm blh mngadap muka ko 24jam.klu aku kene kwin dgn ko free pn ak x sgup.ptutla akhbar lari
ReplyDeleteHuhu next time aidil dgn this ppuanla you mmg kene ada docmnt utk dfend u klu x cnfirm die putar belit n mrapu in mhkmh klu u xde bkti.tgkla case ni je la kn.nk slhkn sbb x baya nfkh.nsib ade slip byrn.hmm.org pn bnyk mnylh u sbb her acting so good
DeleteMcm nk mnipu je..bila ada bkti ckp bda ln pulok.rita2..mcmne la hakim boleh layan ppuan gila kuasa ni.smpi 7K..bole kasi bikin bankrap.ppuan2 aduss
ReplyDeleteSmpi 7ribu rita.klu aku jd aidil aku ambik je anak2 dr ngko.asik2 nk mrungut itu ini.dr ko mrungut utk mbesakn ank n rasa mnyusahkan mcm x ikhlas x pyh jaga ank tu.bg je kat aidil anak2 tu xde de smpi 7k nk blnja.sewa pn nk tempat class mmg la x ckp
ReplyDeleteKita tatau pe sbenanya mslh dorg ni..jgn kita memandai2 nk wat fitnah dan pikir bkn2 bg pihak dorg..paling afdal,doakan mereka ni dberi jln keluar dri mslh yg dihadapi dgn tenang dan baik bg semua pihak.,yg penting,anak2 tu tak diabaikan...jodoh itu kuasa Allah...kita mahupun keturunan kita nnt pun tatau ape ujiannya nnt..Allah Maha Mengetahui sbb2 Dia berkehendakkn sesuatu itu berlaku......wallahualam..
ReplyDelete