Melaka Tengah: Sebuah pesawat ringan milik Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) terhempas di perairan Sekat Melaka berhampiran Masjid Selat, Pulau Melaka di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.26 malam itu, dua daripada tiga pelatih penerbangan di dalam pesawat jenis PA28 Pilatus berjaya berenang ke masjid berkenaan manakala seorang lagi diselamatkan sepasukan anggota unit skuba bomba.
Ketiga-tiga mangsa yang selamat bagaimanapun mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.
Difahamkan, jeritan meminta tolong dua pelatih yang berjaya berenang ke masjid berkenaan disedari jemaah di dalam masjid terbabit sebelum kedua-duanya diselamatkan oleh mereka.
Semua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
-Bharian
0 comments:
Post a Comment