Biasa terjadi, bila sesorang sudah kembali single pasti ramai yang akan cuba untuk mendekati. Tidak terkecuali, pelakon popular Fizz Fairuz.
Setelah kisah dia putus tunang dengan isteri orang dan putus cinta dengan Almy Nadia, Fizz Fairuz akui terlalu ramai yang datang mencuba nasib. Tidak ketinggalan dari golongan kerabat.
Akui Fizz, mungkin sikap ramah dan mudah mesra dirinya sering disalah tafsir oleh gadis-gadis ini.
“Saya memang cepat mesra. Sebab benda tu buat orang rasa macam saya ni bagi bagi harapan. Sebenarnya takde. Orang yang salah faham”
Ditanya hubungannya bersama Almy Nadia, jelasnya hubungan mereka tidak lebih dari sekadar teman. Berbeza dengan dulu. Keadaan tidak sama macam sebelumnya.
Mereka masih berkawan seperti biasa. Masih professional apabila melibatkan kerja. Malah baru-baru ini Fizz baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersama Almy untuk RTM, sebanyak 13 episod.
Ditanya tentang penerimaan ibunya tentang hubungan bersama Almy, jelas Fizz ibunya sesekali ada bertanya tentang Almy. Malah menyokong Fizz berbaik kembali dengan Almy.
Nyata Fizz tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia takut untuk meletakan sasaran untuk berumah tangga. Ibunya yang kini sedang sakit sering bertanya bila dia akan berkahwin.
“InshaAllah kalau ada rezeki, saya akan kahwin tahun ini atau mungkin tahun depan. Mak saya sekarang pun tengah sakit. Hari-hari dia tanya saya bila saya nak kahwin. Saya sendiri tak tahu”
“Kadang-kadang ada juga mak cuba jodohkan saya dengan anak kawan-kawan dia tapi masalahnya saya pula tak berkenan. Apa-apa saya serah jodoh pada Allah”
Bercerita mengenai raya, seperti kebiasaan tahun-tahun sudah, Fizz akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua. Dia akan mula bercuti raya pada 5 Ogos dan kembali bekerja pada 15 Ogos.
0 comments:
Post a Comment