Saturday, July 20, 2013

Tragedi : Tunjuk aksi sampai mati

Georgetown: Aksi sekumpulan mat rempit menunjukkan lagak di jalan raya berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta.

Foto

Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku.

Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di sekitar kawasan itu.

“Ketika itu, polis mengarahkan mereka beredar, tetapi kumpulan remaja berkenaan berdegil dan masih mahu menunjukkan aksi lagak ngeri.

-Hmetro

4 comments:

  1. Padan muka.. lg ramai mampus lg bagus.. golongan ni menyusah kan keluarga dan masyarakat je..

    ReplyDelete
  2. agak-2 sikit cakap tuu.....walau pon mereke begini tapi mereke jugak manusia mcm kau ade hati ade perasaan...... BODOH

    ReplyDelete
  3. biarkan mereka rasa. siapa suruh degil. menyusahkan orang lain ja...andy pun kaki rempit kah?.

    ReplyDelete