Tuesday, July 9, 2013

Jaga Hati Suami, Fasha Sandha Jaga Batas Bila Bersama Aaron Aziz

Ramai peminat Fasha Sandha gembira apabila pelakon popular kembali ke set penggambaran drama selepas bersalin tidak lama dahulu tetapi tidak kurang juga mereka yang memberikan reaksi negatif.
Tidak mengapa, Fasha Sandha dalam kenyataan kepada Murai baru baru ini mengakui yang beliau tahu menjaga batas ketika berlakon dan lebih lebih jika pasangan dalam drama tersebut juga milik orang.

“Kami tidak kekok ketika melakonkan babak cinta tapi ada hadnya la untuk babak intim dan sebagainya kerana kami masing-masing pun sudah ada pasangan (berkahwin),” jelas Fasha Sandha.
Fasha Sandha & Aaron Aziz kini di’gandingkan dalam drama Tentang Hatiarahan Feroz Kadir yang turut di’bintangi oleh Rusdi Ramli, Anzalna Nasir dan ramai lagi — bakal ke udara di TV2.
“Ini bukan kali pertama saya berlakon dan bekerjasama dengan dia (Aaron Aziz), tapi ini adalah kali kedua selepas filem Evolusi KL Drift — cuma kali ini, kami bergandingan dan menjadi pasangan suami isteri”
“Jadi kami tiada masalah untuk bekerjasama kerana dia pelakon yang sangat bagus. Malah, chemistry juga senang untuk diwujudkan kerana masing-masing sudah buat homework dari skrip yang diberikan,” tambah Fasha Sandha yang bakal tamat penggambaran 10 Julai ini.

0 comments:

Post a Comment