Sebelum ini saya pernah menulis artikel mencari makan ke Surabaya dan banyak sekali maklum balas yang positif daripada pembaca kerana mereka suka akan konsep tulisan ini.
Rentetan daripada itu ada juga yang mencadangkan agar saya berkongsi pengalaman saya melancong ke tempat lain pula terutama di negara-negara bukan Islam.
Kata mereka jika saya coretkan pengalaman ke negara-negara seperti ini ia pasti dapat membantu dan memudahkan mereka untuk mencari makanan halal.
Baiklah pada minggu ini apa kata saya berkongsi pengalaman saya melancong dan mencari makan ke Bangkok, Thailand.
Minggu lepas saya telah ke kota tersebut untuk membentangkan kertas kerja pada satu persidangan. Walaupun baru dua kali saya berkunjung ke negara gajah putih ini, soal mendapat makanan halal bukanlah masalah besar kerana banyak makanan orang Islam yang boleh dicari.
Bangkok bagi saya adalah kota pelancongan yang tidak pernah mati. Carilah apa saja di sini pasti akan anda temui. Paling seronok adalah budayanya yang memang menjadi tarikan utama kepada pelancong.
Bukan setakat budayanya yang indah tetapi makanannya juga enak-enak belaka. Satu tip yang suka saya nak kongsikan dengan pembaca adalah jika mahu mencari makanan halal di sini anda hanya perlu google dan carilah masjid di kota Bangkok kerana di mana ada masjid di situ pasti ada makanan halal.
Kami bertolak ke Bangkok dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 5.05 pagi dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok.
Sebaik sampai saya terus menaiki teksi ke Jalan Khaosan. Di sini ada makanan halal dan malam itu kami makan di restoran Sarah sebuah restoran Lebanon.
Keesokan harinya kami ke pasar terapung Damnoen Saduak yang mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai. Anda perlu ke sini kerana keunikan pasar raya adalah mereka menjaja dalam sampan dan memang sangat teruja melihat suasana pasar di sini.
Ada satu restoran halal di sini yang pemiliknya beragama Islam dan berasal daripada Patanni Thailand. Kami mengambil pakej pelancongan setengah hari yang yang berharga 20 bhat (RM20).
Petangnya kami kembali ke Jalan Khaosan kerana disini ada beberapa gerai dan restoran halal di sekitar masjid Cakrabongse dan hanya perlu menyusuri lorong Trok Surao untuk mendapatkan makanan Islam.
Aras tanda yang paling mudah dicari adalah ia berhadapan dengan pasar raya Tang Hua Seng kerana tempat makan ini berada di bahagian lorong dan untuk ke masjid pun anda perlu berjalan melalui lorong ini.
Gerai-gerai disini dibuka seawal 7 pagi dan tutup selepas waktu Isyak. Kemudian kami ke Silom untuk menginap di sini. Tempat makan seterusnya kami menuju ke restoran Cili Padi tidak jauh dari tempat tinggal kami.
Untuk sampai ke sini hanya perlu menaiki keretapi BTS ke stesen Surasak dan dengan mudah anda akan sampai dengan pengangkutan BTS kerana restoran ini berhampiran stesen kereta api ini. Restoran ini menyajikan masakan Malaysia.
Hari seterusnya adalah mencari makanan halal ke lokasi di Jalan Phetchaburi 7. Untuk ke sini kita perlu menaiki keretapi BTS dan turun ke Stesen Rachathewi.
Di sini juga ada masjid. Banyak restoran di sini yang mendapat publisiti meluas daripada blogger seperti Makyah dan Fareeda tetapi kami makan di restoran Hayati yang makanannya memang terbaik.
Selesai makan kami ke persidangan dan Alhamdulillah hotel ini mempunyai restoran halal untuk pelanggan yang berkunjung. Hari terakhir di Bangkok kami mengambil kesempatan membeli belah sakan di pasar minggu Chatuchak.
Jika anda ingin ke sini ambil sahaja kereta api BTS dan turun ke stesen Mochit atau menaiki kereta api bawah tanah MRT dan turun di Stesen Chatuchak Park.
Pasar ini sangat luas dan memang puas hati jika anda membeli-belah di sini kerana kesemua barangnya dijual dengan harga yang sangat murah. Memang rambang mata dibuatnya.
Minggu ini saya kongsikan satu makanan yang saya nikmati di sini.
-Utusan
0 comments:
Post a Comment