Friday, July 5, 2013

Menu berkhasiat untuk sahur

Menu berkhasiat untuk sahurNurul Iliani (kanan) bersama pek minuman Milo.
Lima nutrisi utama penting untuk memberikan tenaga yang cukup kepada kanak-kanak ketika lebih-lebih lagi apabila mereka mula belajar berpuasa. 

Mungkin kanak-kanak terutama yang baru belajar berpuasa tidak dapat menahan lapar dan dahaga berikutan tidak makan seharian, tambahan lagi jika mereka cuma makan sedikit tanpa dilengkapi hidangan penuh berkhasiat. 
Justeru, Pakar Pemakanan Nestle Products Malaysia, Nurul Iliani Ahmad berkata ibu bapa sepatutnya menyediakan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, Vitamin C, kalsium, iron dan vitamin B12, lemak dan serat amat penting bagi kanak-kanak untuk terus bertenaga walaupun hanya mendapatkan bekalan itu pada waktu sahur saja. 


“Jika tidak dapat penuhi semua itu, kanak-kanak perlu mendapat sekurang-kurangnya lima nutrisi utama karbohidrat, protein , sayuran, buah-buahan, susu dan air. 

Kandungan nutrisi itu dapat mempertingkatkan kadar metabolisma dalam badan dan apabila mereka tidak makan, maka kadar itu akan menurun sekali gus boleh menyebabkan mereka cepat letih apatah lagi tidak bermaya. 

“Karbohidrat amat penting untuk rutin harian. Kelebihannya ialah serat yang hadam lebih lama dalam perut membuatkan kanak-kanak rasa kenyang lebih lama. 

Bincang sajian sahur 
Menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan makanan berbeza dengan cara bertanya anak-anak, apakah makanan yang ingin mereka nikmati untuk bersahur dan berbuka, tetapi semestinya yang berkhasiat. 

Katanya, perbincangan bersama suami dan anak dengan menyenaraikan jenis sajian yang ingin dinikmati sepanjang puasa lebih menyeronokkan. Selain dapat menikmati setiap sajian yang diinginkan mengikut jadual, anak-anak juga boleh berpuasa tanpa merungut. 

“Jika sajian yang berat seperti nasi lemak, si ibu boleh menukar cara penyediaan lebih berkhasiat daripada menggunakan kaedah biasa demi anak,” katanya. 

Waktu sesuai sahur 

Nurul Iliani berkata, sahur umpama sarapan pagi yang perlu diambil sebelum menjalankan ibadat puasa sepanjang hari hingga masuknya waktu berbuka. Cuma, waktu dan masa saja berbeza. Orang dewasa yang tidak mengambil sahur dan tidak memakan makanan yang mengandungi khasiat yang betul menyebabkan mudah mengalami keletihan dan tidak bermaya. 

“Bayangkan anak kecil yang disuruh berpuasa tetapi tidak bersahur atau tidak dapat khasiat yang sepatutnya, mereka juga akan menjadi lebih letih. 

“Disarankan untuk kanak-kanak ialah 30 minit sebelum masuknya waktu imsak,” katanya. 

Kesan selepas berbuka 

Katanya, amalan memakan banyak pada waktu buka puasa boleh menyebabkan rasa kurang selesa pada perut. Perut akan terasa kembung kerana perut kosong mengeluarkan asid gastrik. Oleh itu, cara berbuka puasa perlu betul dengan menikmati kuih muih dan kurma sebanyak tiga biji serta minum segelas air. 

“Perut yang sudah diisi dengan sedikit makanan, dibiarkan seketika antara 15 hingga 30 minit. Ketika itu, kita boleh menunaikan solat maghrib sebelum sambung semula memakan makanan berat seperti nasi berlauk dan sebagainya,” katanya. 

Sempena Ramadan, MILO melancarkan laman web khusus, www.milo.com.my/ramadan bagi memberi panduan kepada ibu bapa cara mendidik dan mengajar anak-anak berpuasa dari segi corak pemakanan dan pengambilan nutrisi yang betul. 

Ibu bapa boleh berkomunikasi terus bersama Nurul Iliani selama sejam menerusi laman sesawang berkenaan pada setiap Khamis bermula, jam 12.30 tengah hari. 

Laman web itu turut memaparkan maklumat mengenai panduan bersahur, berpuasa dan berbuka puasa selain terdapat juga ruang Bicara Ramadan bagi pelawat berkongsi idea pendapat mengenai puasa. Bagi yang mahu menyampaikan ucapan Hari Raya juga boleh berbuat demikian di laman berkenaan menerusi ruangan Salam Ikhlas. 

Ada pelbagai aktiviti menarik setiap hari yang boleh dipelajari menerusi laman Facebook - www.facebook.com/milomalaysia. Antaranya, ibu bapa boleh berkongsi panduan dan pengalaman pertama kali berpuasa bersama kanak-kanak yang boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa lain.

-Bharian

0 comments:

Post a Comment