NIBONG TEBAL - Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah pecah rumah di sekitar Nibong Tebal dan Parit Buntar, Perak dalam satu tangkapan di Jalan Besar, Sungai Bakap di sini 25 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, berikutan itu polis menyerbu se buah rumah milik suspek di Taman Panchor Mutiara dan menemui beberapa barangan hasil kegiatan pecah rumah.
Menurut beliau, antara yang ditemui ialah enam kad kredit, jam tangan, kamera digital, surat pajak gadai, komputer riba, dan telefon bimbit.
“Hasil soal siasat terhadap pasangan kekasih berusia 27 tahun itu telah membawa polis ke sebuah kedai pajak gadai di Parit Buntar dan berjaya merampas sejumlah barang-ba rang kemas,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini
Shafien berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda Jazz milik pasangan berkenaan dengan nilai rampasan berjumlah RM50,000.
-Kosmo
0 comments:
Post a Comment